Isnin 12 November 2018
A- A A+

Pelan Tindakan Pendidikan anak tentera

 

 

Kementerian Pertahanan melancarkan Pelan Tindakan Agenda Pendidikan Hala Tuju

2018-2022 yang melonjakkan paradigma baharu agenda pendidikan kementerian terbabit.

Pelan tindakan itu bakal memberi manfaat kepada 33,611 pelajar, selain 1,987 guru

sekolah dalam kem tentera dan 67,222 ibu bapa membabitkan warga tentera, veteran

serta kakitangan awam kementerian.

Pelancaran pelan tindakan itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin

Hussein bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Komunikasi

dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, di Batalion Ke-5 Rejiman Askar

Melayu Diraja.

Pelan tindakan itu memfokuskan kepada peningkatan kemudahan pendidikan,

memperkasakan pendidikan dan merangka inisiatif untuk memartabatkan pendidikan

Kementerian Pertahanan. Usaha itu juga bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan

menerusi modul insan kepada warga kementerian.

 

Empat pendekatan utama Pelan Tindakan

1)   Pembangunan infra pendidikan sekolah dalam kem tentera.

2)   Memperkasa institusi pendidikan sedia ada ke tahap lebih unggul bagi Maktab Tentera

Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak.

3)   Inisiatif kebajikan pendidikan membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan,

Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat.

4)   Pengiktirafan dan penghargaan modal insan.

 

Sumber:  Berita Harian Online, Isnin, 5 Mac 2018, 3.10 petang

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking