Isnin 12 November 2018
A- A A+

Lebih 31,000 unit kuarters tentera dirancang

Kementerian Pertahanan merancang untuk membina lebih 31,000 unit kuarters dikenali sebagai

Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di 78 lokasi di seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri

Hishammuddin Hussein, berkata ia adalah tambahan kepada lebih 9,000 unit kuarters yang sedang

dibina ketika ini dan disasarkan siap pada 2030. Kementerian Pertahanan melalui Lembaga

Tabung Angkatan Tentera juga sedang merancang untuk membina lebih 5,000 unit lagi Rumah Mampu

Milik (RMM) khusus untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Kementerian Pertahanan sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang bersesuaian untuk melaksanakan

pembinaan RMM itu. Sebanyak​​​​​ 2,000 unit RMM sedang dibina di Bukit Jalil di sini dan sebanyak 303 unit

lagi sedang dibina di Segari, Perak manakala terdapat 1,650 unit telah siap dibina dan dijual kepada anggota

dan veteran ATM di Lembah Klang dan Johor.


Kementerian Pertahanan sedang merancang untuk melaksanakan inisiatif Rumah Mampu Sewa (RMS)

bagi membantu veteran ATM yang tidak berkelayakan serta tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

Ketika ini, Kementerian Pertahanan bersama pihak berkepentingan sedang membuat penilaian dan perincian

akhir berhubung pembinaan RKAT dan RMM serta pelaksanaan inisiatif RMS ini sebelum ia dilaksanakan.

 

Sumber:  Berita Harian Online, Isnin, 5 Mac 2018, 3.11 petang

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking