Tag: Air selangor

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Kerja-kerja kecemasan insiden paip pecah di Salak Tinggi siap

Kerja-kerja kecemasan membaiki paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang, telah siap dilaksanakan pada 2 petang semalam. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata bekalan air mula disalurkan pada 2.30 petang secara berperingkat ke 145 kawasan di wilayah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat. “Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 pagi, Rabu, 20 Oktober (hari ini),” katanya. Menurut Elina…

Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Gangguan bekalan air di 156 kawasan susulan insiden paip pecah

Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi memastikan kerjakerja pembaikan berjalan lancar. Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Gangguan bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya – Air Selangor

Gangguan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya pada 6 petang semalam. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata syarikat itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh ini. Gangguan bekalan air itu disebabkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji…

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Pemulihan bekalan air Lembah Klang capai tahap 98 peratus setakat 6 pagi tadi

Pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mencapai tahap 98 peratus setakat 6 pagi ini.  Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata berdasarkan pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah, enam wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus.  Tahap…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Bekalan air di 998 kawasan Lembah Klang pulih 68 peratus

Bekalan air bagi 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih pada tahap 68 peratus sehingga 12 tengah hari ini.  Ketua Komunikasi Korporat  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan  pemulihan di kawasan Hulu Selangor adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Selangor pada 99.4 peratus dan Shah Alam catat 94.2 peratus. Petaling merekodkan 89.8 peratus pemulihan…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerja tambah baik, senggara aset kritikal LRA SSP1 siap dilaksanakan – Air Selangor

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan 5 pagi tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan memaklumkan, setakat 6 pagi sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air telah mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air. “Bekalan kepada para pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat pada jam…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: 998 kawasan di Selangor dijangka alami gangguan bekalan air selama tiga hari mulai 13 Oktober

Sejumlah 998 kawasan sekitar Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pada 13 Oktober pukul 9 pagi hingga 16 Oktober. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata gangguan disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal. “Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Projek LRAL 2 dilaksana sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan – Exco

Kerajaan negeri Selangor memaklumkan pengurusan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek tersebut. Jelasnya, kerajaan negeri hanya terlibat dalam perkara berkaitan dengan tanah tapak projek dan permit…