Tag: Annuar Musa

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Proses bina lebih 600 menara telekomunikasi di Sarawak mula bulan ini – Annuar

Surat kerja bagi pembinaan lebih 600 menara telekomunikasi baharu di Sarawak yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion akan dikeluarkan pada bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata tiga kontraktor telah dikenal pasti menerusi tender terbuka dan pihak berkenaan akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat. Menurutnya, Sarawak merupakan negeri yang diberi tahap keutamaan paling tinggi dalam pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM lancar ‘Kembara Connectivity’, pantau capaian internet seluruh negara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program Kembara Connectivity bagi memantau secara rapi perkembangan capaian internet di kawasan terpencil dan luar bandar seluruh negara. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia adalah satu inisiatif bagi menjayakan konsep internet sebagai hak asasi serta memastikan matlamat semua kawasan di negara ini mendapat jaringan liputan 4G tercapai menjelang akhir tahun hadapan. “Menerusi program ini kita akan dapat melihat secara terus keadaan…

Posted on: 09/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tekad baharu bebaskan negara daripada COVID-19, pulihkan ekonomi – Annuar

Prapelancaran Keluarga Malaysia menandakan tekad baharu untuk membebaskan negara daripada belenggu COVID-19 serta memulihkan ekonomi Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ucapan alu-aluannya dalam majlis prapelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen petang semalam, beliau berkata tiga teras utama (Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran) yang digariskan di bawah konsep Keluarga Malaysia  itu membentuk kekuatan bagi sesebuah negara bangsa.…

Posted on: 02/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kajian Akta MCMC dapat tangani kes pelanggaran keselamatan siber melalui undang-undang – Annuar

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu dikaji semula bagi memastikan sebarang pelanggaran keselamatan siber seperti kebocoran data peribadi dapat ditangani secara serius melalui penguatlkuasaan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar, dalam satu kenyataan semalam berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengkaji semula Akta MCMC 1998, dan berharap agar siasatan menyeluruh akan dilakukan atas dakwaan mengenai kebocoran data oleh sesebuah agensi…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ekonomi digital berpotensi bangunkan industri baharu – Annuar

Ekonomi digital berpotensi menjadi pemacu utama dalam membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di ASEAN kerana ia telah menjadi elemen penting dalam kehidupan harian setiap orang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Bercakap semasa Dialog China-ASEAN Information Harbor di Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia 2021 di Wuzhen semalam yang berlangsung secara maya, beliau berkata krisis COVID-19 telah mengubah digitalisasi merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan sehinggalah pembelian dan pembayaran secara…

Posted on: 26/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pastikan penyampaian maklumat tepat mengenai PPN, endemik – Annuar

Semua pihak termasuk pempengaruh media sosial  perlu membantu memastikan penyampaian maklumat yang tepat mengenai perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara ketika peralihan negara kepada fasa endemik.  Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pempengaruh bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat dengan penyampaian maklumat menerusi naratif yang tepat mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan dalam PPN.   Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Segmen Optik: Pelan Pemulihan Negara menerusi program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM hari ini.…

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM akan wujud pasukan petugas kaji isu industri kreatif – Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan segera membentuk satu pasukan petugas bagi menjalankan kajian mendalam untuk menyelesaikan isu berkaitan industri kreatif negara. Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata ia juga bagi mewujudkan satu sistem yang membolehkan industri kreatif negara berkembang dengan rangka kerja tersusun dan melonjakkan industri itu ke tahap lebih tinggi. Perbincangan itu disertai penggiat seni dari pelbagai peringkat termasuk pemimpin persatuan anak seni. Antaranya ialah Presiden Persatuan Seniman…