Tag: banjir

Posted on: 19/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Banjir, 31 orang di Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Seramai 31 orang daripada enam keluarga di Rantau Panjang dekat Pasir Mas dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak dua hari lepas. Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mereka termasuk seorang warga emas dan 11 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan  (SK) Tok Deh…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: 1,231 anggota APM Kelantan sedia diatur gerak hadapi monsun timur laut

Seramai 1,231 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sedia diatur gerak bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini (3 Nov) dan berterusan sehingga Mac tahun depan. Timbalan Pengarah APM Kelantan Lt Kol Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata selain anggota, pihaknya juga memiliki 157 kekuatan logistik serta  700 jaket keselamatan yang boleh digunakan dalam tempoh tersebut. Katanya, daripada jumlah itu terdapat 81 pelbagai jenis bot termasuk fiber…

Posted on: 03/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Mangsa banjir di Kedah meningkat, Melaka menurun

Mangsa banjir di Kedah pada sebelah petang semalam terus meningkat kepada 665 orang apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Pendang manakala di Melaka mencatatkan penurunan dan di Perlis 103 mangsa ditempatkan di dua PPS. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej  (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata PPS Dewan Cenderawasih di Pendang itu, setakat ini menempatkan 61 mangsa daripada 19 keluarga, manakala PPS Dewan Rakan Sukan,…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Melaka meningkat

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Melaka meningkat kepada 685 orang pagi ini susulan hujan lebat yang melanda dua negeri berkenaan semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata jumlah mangsa banjir di Kedah setakat 8 pagi tadi meningkat kepada 526 orang berbanding 337 orang malam tadi. “Empat lagi PPS dibuka malam tadi melibatkan PPS…

Posted on: 29/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Mangsa banjir di Kedah meningkat, dua PPS baharu dibuka

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 239 orang daripada 63 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 216 mangsa daripada 55 keluarga petang semalam, yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata dua PPS baharu telah dibuka di Baling malam tadi bagi menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga ekoran hujan lebat di daerah itu petang semalam. Seramai 26 mangsa daripada lapan…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Empat hingga enam episod hujan, banjir dijangka berlaku November hingga Januari depan

Empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh menyebabkan kejadian banjir,  dijangka berlaku dalam fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November ini hingga Januari 2022. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 diramal bermula pada awal November ini sehingga Mac 2022.  “Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, episod hujan lebat berlaku antara November hingga Disember 2021. Sementara, mulai Disember 2021 hingga…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: APM Negeri Sembilan akan laksana simulasi menyelamat mangsa banjir semasa COVID

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan akan melaksanakan simulasi menyelamat mangsa banjir sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut. Pengarahnya  Lt Kol (PA)  Mohd Syukri Madnor  berkata simulasi yang akan diadakan dalam masa terdekat itu  bertujuan meningkatkan kemahiran pasukan penyelamat dalam mendepani cabaran baharu khususnya situasi COVID-19 ketika ini. “Seramai 279 anggota bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir. Ia merangkumi persediaan mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur selain…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Pusat koordinasi di Kota Darul Naim selaras maklumat banjir Kelantan – Shafien

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan bersetuju untuk membuka sebuah pusat koordinasi di Kota Darul Naim di sini, bagi menyelaraskan segala maklumat berkaitan banjir yang dijangka melanda negeri itu tidak lama lagi. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata ini bagi memudahkan urusan sepanjang bencana tersebut selain memastikan data yang dikeluarkan selari dan tidak bercanggah. Beliau berkata semua agensi yang terlibat juga telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang banjir itu. “Pada peringkat awal…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN: Sebuah PPS di Kulai dibuka tempatkan 74 mangsa

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, daerah Kulai petang semalam bagi menempatkan 74 mangsa selepas kediaman mereka di kawasan Kampung Bukit Batu, dinaiki air. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai dalam kenyataan hari ini memaklumkan, PPS tersebut dibuka pada pukul 6 petang berikutan kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat lebih tiga jam dan limpahan air sungai dari Sungai Ulu Pontian. “Setakat 8 pagi…