Tag: COVID-19

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program jerayawara vaksin Covid-19 dilaksanakan semula di PPR, perumahan awam di KL

Kementerian Wilayah Persekutuan akan melaksanakan semula Program Jerayawara (Outreach) Vaksinasi Covid-19 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat bagi mengesan penduduk yang masih tercicir dan belum menerima vaksin Covid-19. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, program jerayawara  tersebut akan dijalankan di lokasi yang mencatatkan lebih 500 kes baharu dalam tempoh dua minggu. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/program-jerayawara-vaksin-covid-19-dilaksanakan-semula-di-ppr-perumahan-awam-di-kl/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perbincangan SOP, kelonggaran ke fasa endemik libatkan tiga menteri lain-Hishammuddin

Perbincangan secara terperinci mengenai penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan melibatkan tiga menteri lain. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menteri berkenaan ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. “Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada…

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksin COVID-19 | 500 000 Pekerja Peruncitan Terima Vaksin Menjelang Akhir Tahun

Seramai 500,000 pekerja barisan hadapan ekonomi sektor peruncitan dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, sehingga akhir Ogos lalu, lebih 48,000 pekerja sektor peruncitan telah menerima suntikan vaksin. Tambahnya, 23,488 pekerja telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang diperkenalkan 26 Julai lalu. Beliau berkata demikian kepada pemberita…

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM | Tambah Baik Sistem Penyampaian Maklumat Penting Untuk Rakyat

Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran, dua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menambah baik sistem penyampaian maklumat mengenai usaha-usaha dilakukan kerajaan dengan lebih berkesan. Ia penting agar rakyat faham dan mendapat maklumat secukupnya berkenaan perkara tersebut. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan memberi penjelasan dan penerangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil rakyat dalam menguruskan COVID-19 ketika suasana endemik kelak. Ia bagi memudahkan…

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19 | Kelonggaran Aktiviti Industri Kreatif

Kelonggaran dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi industri kreatif berjalan seperti sedia kala mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan akan mengumumkan berita gembira berkenaan tidak lama lagi. Ujar beliau, kebenaran tersebut khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksin dan berada di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tan Sri Annuar berkata demikian selepas sesi lawatan kerja…

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksinasi remaja bawah 18 tahun di Sarawak mulai Rabu

Vaksinasi Covid-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka bermula Rabu ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini negeri itu di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan. Berita selanjutya https://www.sinarharian.com.my/article/159665/KHAS/Covid-19/Vaksinasi-remaja-bawah-18-tahun-di-Sarawak-mulai-Rabu Sumber: Sinar Harian

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

462,586 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak

Seramai 462,586 orang individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) setakat 31 Ogos lalu.  Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 281,938 individu diberikan suntikan dos pertama manakala selebihnya adalah dos kedua yang melibatkan penggunaan sebanyak 25 buah bas telah di ubah suai. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/462586-terima-vaksin-covid-19-menerusi-movak/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Britain laksanakan semula perintah berkurung ?

Hampir separuh penduduk Britain percaya Perdana Menteri, Boris Johnson mungkin akan melaksanakan semula perintah berkurung Covid-19 sebelum akhir tahun ini. Lapor Daily Mail, satu tinjauan eksklusif MailOnline yang dijalankan oleh Redfield & Wilton Strategies mendapati sebanyak 50 peratus orang percaya perintah berkurung Covid-19 menyeluruh mungkin berlaku pada tahun ini. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/britain-laksanakan-semula-perintah-berkurung/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 05/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

95,000 pelajar menengah di Terengganu layak divaksin

Seramai 95,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini layak menerima vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, inisiatif itu sedia digerakkan kepada golongan sasar sebaik sahaja pihaknya menerima garis panduan pelaksanaan. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/95000-pelajar-menengah-di-terengganu-layak-divaksin/ Sumber: Utusan Malaysia