Tag: COVID-19

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kenyataan ‘susahkan’ antivaksin: Kerajaan cukup beri penerangan kebaikan vaksin – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin COVID-19 kepada rakyat. Khairy berkata malah kementeriannya telah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat. “Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggil lah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya hari ini. Khairy sebelum ini berkata kerajaan akan mengambil pendekatan…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM cadang bersemuka dengan kumpulan antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dr Noor Azmi berpendapat kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarkan…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KDN teliti laporan polis terhadap golongan antivaksin sebelum ambil tindakan

Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan. Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata pihaknya sedang mengenal pasti seksyen dan akta bersesuaian yang boleh dikuatkuasakan terhadap golongan itu. “Kalau kita tengok dia ada langgar sesuatu maka kita akan ambil tindakan dan sebagai seorang menteri yang jaga undang-undang yang ada, kita akan tengok dulu laporan polis yang diberikan kepada kita dalam seksyen mana,…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan belum buat keputusan wajibkan pengambilan vaksin COVID19 – Ismail Sabri

Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata  bagaimanapun individu yang belum mengambil suntikan vaksin COVID-19,  digalakkan berbuat demikian bagi menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancarkan urusan untuk pulang ke kampung halaman. “Malah untuk urusan beribadah seperti mengerjakan Umrah juga diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya yakin syarat yang sama akan diberi untuk kebenaran mengerjakan Haji yang dijangka bermula tahun depan.  “Ketua…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPWKM bantu KKM sedia SOP tempat kuarantin kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempat kuarantin kanak-kanak dan perkhidmatan kepada golongan itu yang dikuarantin akibat jangkitan COVID-19. Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata lima SOP Bagi Pengurusan Kanak-kanak Positif atau Kontak Rapat Pesakit COVID-19 disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan. SOP itu  antaranya Pengurusan Kanak-kanak Positif COVID-19 di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemeriksaan rawak masih dilakukan ke atas pergerakan rentas negeri – Hishammuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP)  akan meneruskan pemantauan terhadap pergerakan rentas negeri termasuk membuat pemeriksaan rawak di jalan-jalan utama, lebuh raya pada hujung minggu, hari cuti umum dan perayaan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan itu perlu memandangkan kebenaran rentas negeri itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi. “Ini termasuklah pemeriksaan rawak di bawah Akta…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Peruntukkan RM6 juta bantu golongan muda terkesan dengan COVID-19

Sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah bagi membantu golongan muda yang hilang sumber pendapatan susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri itu. Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata bantuan di bawah pakej rangsangan ekonomi itu merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam belanjawan tahun ini untuk menangani cabaran yang belum pernah terjadi akibat pandemik berkenaan. “Pandemik ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran dalam ekonomi tetapi juga masalah sosial, kesihatan dan…

Posted on: 09/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tekad baharu bebaskan negara daripada COVID-19, pulihkan ekonomi – Annuar

Prapelancaran Keluarga Malaysia menandakan tekad baharu untuk membebaskan negara daripada belenggu COVID-19 serta memulihkan ekonomi Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ucapan alu-aluannya dalam majlis prapelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen petang semalam, beliau berkata tiga teras utama (Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran) yang digariskan di bawah konsep Keluarga Malaysia  itu membentuk kekuatan bagi sesebuah negara bangsa.…