Tag: Datuk Seri Ismail Sabri

Posted on: 28/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022 terus perkasa sistem kesihatan negara

Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini akan meneruskan usaha memperkasa sistem kesihatan termasukmemberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya negara bersedia sekiranya terdapat gelombang baharu pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, Bajet 2022 juga akan memberi tumpuan utama untuk melindungi, memulih kehidupan serta matapencarian rakyat dan perniagaan selain membina semula daya ketahanan negara dan memangkinkan pembaharuan pascapandemik yang lebih…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ASEAN, Australia perlu tingkat kerjasama hadapi kecemasan kesihatan pada masa depan – PM

ASEAN dan Australia perlu  bersedia menghadapi kecemasan kesihatan awam dan kemunculan penyakit baharu pada masa depan, melalui perkongsian pengetahuan serta program pembinaan kapasiti, termasuk memanfaatkan teknologi digital. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia yang julung kali diadakan secara maya pada Rabu. Beliau berkata Malaysia menghargai sokongan diberikan Australia terhadap usaha ASEAN untuk mengurangkan kesan COVID-19. “Hampir A$700 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif. Ini sangat membantu…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Al-Quran sumber semua cabang ilmu pengetahuan – Ismail Sabri

Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian sematamata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata al-Quran menganjur dan mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis serta menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan. Ismail Sabri berkata al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang…

Posted on: 27/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar kebudayaan negara julang usaha martabat seni, budaya dan warisan – PM

Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN 2021)  yang dilancar semalam akan dijadikan panduan dan rujukan dalam merencana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata inisiatif menggubal DAKEN 2021 juga seiring dengan usaha menjadikan sektor seni, budaya dan warisan negara  sebagai pemangkin sosioekonomi Keluarga Malaysia.  Beliau berkata dasar berkenaan menggariskan hala tuju Malaysia menjadi ‘Negara Maju Rakyat Berbudaya’ yang digubal berlandaskan lima prinsip Keluarga Malaysia…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Perdagangan Nasional, pelan strategik lima tahun untuk lonjakkan daya saing perdagangan — PM Ismail Sabri

Pelan strategik lima tahun Rangka Tindakan Perdagangan Nasional yang dilancarkan hari ini akan meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia dan mengukuhkan kedudukan negara sebagai pengeksport terunggul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata rangka tindakan dengan lapan teras strategik dan 40 cadangan/syor itu akan menangani perubahan struktur yang diperlukan untuk sektor eksport berkembang maju melalui pengukuhan memudah cara perdagangan, logistik, pematuhan piawaian/standard, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi,  pelaburan dan…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bayaran BKP RM500 hari ini

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan dibayar secara sekali beri (one-off) mulai hari ini bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini. “Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam. BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tampilkan warna-warni seni budaya Sarawak

Pelancaran “Keluarga Malaysia” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menampilkan persembahan penuh warna-warni dengan tema kesenian serta kebudayaan negeri Sarawak. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini itu dimulai dengan persembahan Muzik Tenunan Tanoti diikuti Muzikal Tari Sape Kue serta persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak. Selain itu, hadirin turut dipersembahkan dengan aneka  lagu patriotik dan nyanyian Lagu Keluarga Malaysia oleh artis jemputan seperti…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Yayasan Keluarga Malaysia bantu pendidikan generasi muda negara

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai sebuah institusi untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia, dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. Buat permulaan, beliau berkata bantuan di bawah yayasan ini akan disalurkan kepada anak-anak yang terkesan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas. “Seterusnya, yayasan ini akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang…

Posted on: 25/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia bukan retorik

Idea “Keluarga Malaysia”  yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata idea itu merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga. Mengambil contoh sebuah keluarga, Ismail Sabri berkata sekiranya terdapat anak yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu mereka akan diberi lebih tumpuan. “Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang…

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Undi 18: Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda – PM

Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini,  justeru itu kerajaan memberi taruhan kepada Undi 18, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelaksanaan Undi 18 itu membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara. Ismail Sabri yang mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) hari ini berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan. “Alhamdulillah, banyak input menarik yang telah saya terima…