Tag: Datuk Seri Ismail Sabri

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Meningkatkan jumlah penumpang pengangkutan awam keutamaan RMK12

Penambahbaikan infrastruktur pengangkutan untuk menyediakan mobiliti penumpang yang lancar menjadi antara keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi meningkatkan jumlah penumpang pengangkutan awam. Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, dua strategi akan dilaksana bagi mencapai tujuan  itu iaitu meningkatkan kebolehcapaian kepada pengangkutan awam secara menyeluruh dan menggalakkan perubahan tingkah laku daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam. Dokumen itu menyatakan antara strategi berkenaan adalah kebolehcapaian kepada pengangkutan awam…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Cergaskan pelancongan antara strategi lonjak pertumbuhan industri

Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang bermula tahun ini sehingga 2025 menggariskan beberapa strategi bagi mencergaskan semula industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Industri pelancongan, yang menyediakan 3.6 juta pekerjaan iaitu 23.6 peratus daripada jumlah guna tenaga pada 2019, penting kerana ia mewujudkan kesan limpahan ekonomi yang tinggi kepada negara. Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, strategi mencergaskan industri pelancongan itu antara lain akan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Dasar nasional mengenai perpaduan akan diperkenal bagi kesepaduan sosial

Dasar nasional mengenai perpaduan akan diperkenal untuk menggalakkan kesepaduan sosial dan keharmonian serta memanfaatkan kepelbagaian sebagai aset bagi memperkukuh perpaduan rakyat. Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini menyebut dasar tersebut akan menggariskan tiga teras bagi meneraju agenda perpaduan iaitu, membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional serta memperkukuh ekosistem perpaduan. “Pelan tindakan juga akan diperkenal untuk menterjemahkan dasar melalui pelaksanaan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia akan diperkenal

Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia akan diperkenal sebagai hala tuju baharu untuk mentransformasi sistem penjagaan kesihatan negara.  Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, dalam merangka pelan rangka tindakan ini kajian akan dijalankan untuk memantapkan landskap sektor penjagaan kesihatan.  “Kajian ini akan merangkumi transformasi sektor penjagaan kesihatan awam, pembaharuan peraturan sektor penjagaan kesihatan swasta dan pembiayaan kesihatan yang mampan,” katanya.  Pelan dan kajian…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Dasar industri pertahanan digubal, kurangkan kebergantungan aset luar negara

Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara akan digubal bagi menyediakan hala tuju menyeluruh dalam mengurangkan kebergantungan aset dan peralatan dari luar negara. Menurut dokumen Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, dasar itu antara lain memberi tumpuan berhubung pembangunan produk dan perkhidmatan serta pembangunan bakat. “ ….(selain itu adalah) penerimagunaan teknologi serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang seterusnya akan mengurangkan kebergantungan tinggi terhadap sumber asing.…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12:Industri halal bakal sumbang 8.1 peratus KDNK, jana pendapatan eksport RM56 bilion pada 2025

Industri halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan penjanaan pendapatan eksport berjumlah RM56 bilion pada 2025, demikian menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Oleh itu, pembangunan industri halal akan diperkukuh bagi melahirkan pemain industri halal tempatan yang berdaya saing dalam merebut peluang pasaran halal global yang lebih besar. “Langkah akan dilaksanakan untuk memperkukuh keupayaan dan kemampuan industri…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Industri aeroangkasa bakal jana pendapatan RM30 bilion menjelang 2025

Industri aeroangkasa telah dikenal pasti sebagai satu daripada industri strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk melonjakkan negara kepada trajektori berteknologi tinggi, yang menjana pendapatan RM30 bilion pada 2025 berbanding RM11.6 bilion pada 2020. Menurut dokumen RMK-12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, industri yang dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan dalam lima tahun ke hadapan itu akan ditransformasi kepada menghasilkan produk dan perkhidmatan lebih kompleks. “Inisiatif ini akan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Industri E&E disasar sumbang RM120 bln kepada KDNK, jana RM495 bln pendapatan eksport menjelang 2025

Industri elektrik dan elektronik (E&E) disasar menyumbang sebanyak RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana pendapatan eksport sebanyak RM495 bilion menjelang 2025. Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), pemain industri E&E digalakkan untuk menerima guna teknologi termaju dan menghasilkan produk yang lebih sofistikated, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan. Menurut Dokumen RMK-12 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, anjakan industri perlu dilaksana melalui peningkatan pelaburan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12 bakal tingkatkan KDNK Sabah dan Sarawak sebanyak 6.5 peratus dan 5.3 peratus setahun

Usaha dan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dijangka menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak 6.5 peratus dan 5.3 peratus. Kedudukan Sabah dan Sarawak yang terletak di lokasi yang strategik, berhampiran dengan kebanyakan negara ASEAN serta China dan Jepun mewujudkan peluang ekonomi dan perdagangan yang besar kepada kedua-dua negeri berkenaan, demikian menurut dokumen RMK-12  yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini,.…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Pelaburan perkhidmatan global disasar mencecah RM89 bilion pada 2025

Jumlah pelaburan sektor Perkhidmatan Global (GS) disasarkan mencecah RM89 bilion pada 2025, demikian menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Menurut dokumen berkenaan, sektor GS merupakan sebahagian daripada industri strategik dan berimpak tinggi yang menjadi antara sasaran terpilih rancangan lima tahun berkenaan untuk dipercepatkan pembangunannya. GS yang terdiri daripada Hab Prinsipal, Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) dan ibu pejabat operasi merupakan penyumbang utama pelaburan…