Tag: KJ

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja

Bekalan vaksin COVID-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Dari segi bekalan insya-Allah cukup,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8, di sini hari ini. Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK Remaja bermula hari ini, libatkan 3.2 juta remaja

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara. “Remaja yang menerima suntikan…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dijangka bermula Oktober – Khairy

Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata golongan itu termasuk warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan, individu kurang daya tahan imun serta mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang. “Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data kematian, data…