Tag: KKM

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

93.8 peratus populasi dewasa Malaysia kini lengkap divaksin

Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,960,911 orang atau 93.8 peratus setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW. Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Semalam, sejumlah 134,180 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM cadang bersemuka dengan kumpulan antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dr Noor Azmi berpendapat kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarkan…

Posted on: 18/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Muzakarah Khas bincang SOP rapatkan saf solat jemaah – Idris

Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada  Rabu ini (20 Okt) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengatur muzakarah itu bagi mendengar taklimat penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya,…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelbagai kesulitan menanti mereka yang enggan menerima vaksin

Kerajaan akan mengambil pendekatan tegas  terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun katanya  bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera. “Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan ia akan berterusan begitu. “Tidak…

Posted on: 17/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KDN teliti laporan polis terhadap golongan antivaksin sebelum ambil tindakan

Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan. Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin  berkata pihaknya sedang mengenal pasti seksyen dan akta bersesuaian yang boleh dikuatkuasakan terhadap golongan itu. “Kalau kita tengok dia ada langgar sesuatu maka kita akan ambil tindakan dan sebagai seorang menteri yang jaga undang-undang yang ada, kita akan tengok dulu laporan polis yang diberikan kepada kita dalam seksyen mana,…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kesihatan buat laporan polis terhadap kumpulan antivaksin

Kementerian Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam kesihatan awam. Menterinya Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau berharap, tindakan susulan termasuk siasatan dan pendakwaan dapat disegerakan. “Kumpulan ini (antivaksin) terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,”  kata Khairy sambil menyertakan pautan Twitter seorang pengamal perubatan Dr Sakinah Sulong. Dr Sakinah dalam Twitter tersebut menulis : “Am I the only…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM bangunkan sistem Daftar Bunuh Diri, dijangka siap 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membangunkan sistem Daftar Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan (NSFIRM) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2023, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata buat masa ini KKM sedang dalam perincian proses kerja serta pembangunan aplikasi bagi sistem tersebut, yang akan melibatkan semua fasiliti hospital KKM di seluruh negara. “NSFIRM disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan diperuntukkan RM4…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPWKM bantu KKM sedia SOP tempat kuarantin kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempat kuarantin kanak-kanak dan perkhidmatan kepada golongan itu yang dikuarantin akibat jangkitan COVID-19. Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata lima SOP Bagi Pengurusan Kanak-kanak Positif atau Kontak Rapat Pesakit COVID-19 disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan. SOP itu  antaranya Pengurusan Kanak-kanak Positif COVID-19 di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM sentiasa proaktif tambah pakar perubatan imbangi populasi di negara ini

Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan jumlah pakar perubatan sedia ada dapat mengimbangi populasi di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata buat masa ini KKM mempunyai 6,012 pakar dengan 5,953 adalah pakar berstatus tetap manakala hanya 19 orang berstatus kontrak. “Sudah tentulah negara memerlukan lebih banyak pakar, untuk melihat sama ada angka-angka ini boleh mengimbangi populasi…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Seorang ahli psikiatri untuk 100,000 orang di Malaysia – Dr Noor Hisham

Malaysia kini mempunyai kira-kira 500 ahli psikiatri dengan nisbah seorang ahli psikiatri untuk lebih kurang 100,000 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah seorang ahli psikiatri untuk 10,000 orang, oleh itu bagi mengimbangi perbezaan tersebut dengan berkesan, profesional penjagaan kesihatan lain perlu meningkatkan kemahiran bagi menilai dan mengurus masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. “Malaysia kini mempunyai lebih dari 57,000 doktor,…