Tag: KKM

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Semburan kabus nano tidak mampu ganti kaedah pembersihan permukaan secara manual

Penggunaan semburan kabus nano tidak mampu menggantikan kaedah pembersihan permukaan secara manual untuk disinfeksi jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata penyembur kabus nano telah mendapat perhatian ramai susulan penggunaannya sebagai alat disinfeksi dalam mencegah jangkitan COVID-19 dan sesetengah pihak beranggapan ia mampu menghapuskan virus SARS-CoV-2 di udara serta permukaan. “Bagaimanapun, keberkesanan alat ini bergantung kepada keupayaannya menghasilkan  semburan yang sekata pada permukaan, jenis serta…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Parlimen: RM593 juta dibelanja bagi perolehan darurat peralatan hospital rawat COVID – Khairy

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Sebanyak RM593 juta telah dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes COVID19 sejak dua tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perolehan yang dibuat pada 2020 dan tahun ini (2021) telah diagihkan mengikut keperluan ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. “Ia termasuk peralatan seperti katil pesakit biasa, katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator,…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ibu bapa tidak perlu risau PICK Remaja

Semua ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar segera. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/ibu-bapa-tidak-perlu-risau-pick-remaja/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM buka portal HQA untuk pengembara mohon kuarantin di rumah

Pengembara dari luar negara yang ingin menjalani kuarantin wajib di rumah atau kediaman boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) di laman web Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan ke Malaysia,” katanya, justeru pengembara yang akan tiba di Malaysia mulai 28 Sept boleh berbuat demikian melalui portal  https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa. Sebelum ini, beliau berkata permohonan…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja

Bekalan vaksin COVID-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Dari segi bekalan insya-Allah cukup,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8, di sini hari ini. Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PICK Remaja bermula hari ini, libatkan 3.2 juta remaja

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara. “Remaja yang menerima suntikan…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dijangka bermula Oktober – Khairy

Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata golongan itu termasuk warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan, individu kurang daya tahan imun serta mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang. “Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data kematian, data…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Negara terus rekod kes sembuh tinggi melebihi kes baharu

Jumlah harian pesakit yang pulih daripada COVID-19 di Malaysia terus mengatasi jangkitan baharu apabila 17,205  kes pulih dilaporkan berbanding 15,549 kes baharu yang direkodkan setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan tersebut menjadikan jumlah kumulatif individu yang pulih daripada wabak tersebut kini seramai 1,840,453 orang. Beliau berkata terdapat 1,165 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 888 kes disahkan COVID-19 manakala 277 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan. “Sebanyak…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan, sama seperti pegawai perubatan tetap. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan antara langkah untuk menjamin masa depan pegawai perubatan kontak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka. “Hadiah Latihan Persekutuan sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai perubatan tetap, manakala pegawai perubatan kontrak hanya boleh memohon melalui Program Latihan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rumah Prihatin sedia jadi PPV golongan remaja

Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Rumah Prihatin@Grand Seasons sedia menjadi pusat pemberian vaksinasi (PPV) bagi golongan remaja jika ada keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata ia bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melipatgandakan atau menyegerakan program vaksinasi kepada remaja. Berita selanjutnya:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rumah-prihatin-sedia-jadi-ppv-golongan-remaja-319345 Sumber:Astro Awani