Tag: KKMM

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Masyarakat perlu terus hargai kanak-kanak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menyeru masyarakat supaya  terus menghargai kanak-kanak kerana mereka adalah pewaris negara, agama dan bangsa. Annuar menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata anak-anak merupakan amanah dan anugerah Allah SWT yang terindah dan amat berharga. “Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021,” katanya. Dalam poster yang turut dimuat naik beliau berkata: “Kitalah yang mencorak kehidupan anak-anak kita”. Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021 yang disambut hari…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JENDELA: Enam menara komunikasi baharu beri manafaat lebih 18,000 penduduk

Sebanyak 18,850 penduduk di daerah Tawau, Semporna serta Kunak menerima manfaat dengan pembinaan enam menara komunikasi baharu yang telah beroperasi sepenuhnya di daerah terbabit menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan memberitahu kampung terbabit adalah Kampung Bukit Qouin Ladang Sungai Kawah serta Kampung Tamang Pulau Sebatik di Tawau, Kampung Kabimbangan dan Kampung Igang-Igang di Semporna selain Kampung Kunak 3 dan Kampung Telaga Tujuh di…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM cadang tubuh persatuan seni kreatif

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk menubuhkan Persatuan Seni Kreatif di peringkat kebangsaan dan seterusnya ke setiap negeri bagi mempermudahkan penyelarasan usaha untuk memajukan lagi industri terbabit. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata dengan adanya persatuan khusus dalam bidang berkenaan melibatkan kementerian, proses untuk menyediakan dana khusus juga lebih mudah kerana ia dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar. “Kita akan kumpulkan penggiat seni kreatif dan…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Proses bina lebih 600 menara telekomunikasi di Sarawak mula bulan ini – Annuar

Surat kerja bagi pembinaan lebih 600 menara telekomunikasi baharu di Sarawak yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion akan dikeluarkan pada bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata tiga kontraktor telah dikenal pasti menerusi tender terbuka dan pihak berkenaan akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat. Menurutnya, Sarawak merupakan negeri yang diberi tahap keutamaan paling tinggi dalam pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM lancar ‘Kembara Connectivity’, pantau capaian internet seluruh negara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program Kembara Connectivity bagi memantau secara rapi perkembangan capaian internet di kawasan terpencil dan luar bandar seluruh negara. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia adalah satu inisiatif bagi menjayakan konsep internet sebagai hak asasi serta memastikan matlamat semua kawasan di negara ini mendapat jaringan liputan 4G tercapai menjelang akhir tahun hadapan. “Menerusi program ini kita akan dapat melihat secara terus keadaan…

Posted on: 10/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM akan lancar program Sahabat Penerangan Keluarga Malaysia – Zahidi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan program ‘Sahabat Penerangan Keluarga Malaysia’, yang bertindak sebagai ejen menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan khususnya kepada golongan muda. Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata program yang akan dilancarkan dalam masa terdekat menerusi  Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu, memberi tumpuan kepada penglibatan golongan muda di semua kawasan Parlimen. “Sebelum ini kita ada Biro Tatanegara (BTN) yang menganjurkan kursus untuk anak-anak muda, tetapi sekarang sudah tak ada. Jadi kita nak…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Industri kreatif sumbang RM29.4 bilion kepada KDNK pada 2019

Industri kreatif menyumbang 1.9 peratus atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui agensinya sedang giat melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada KDNK. Beliau berkata  agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan…