Tag: KKMM

Posted on: 25/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM akan wujud pasukan petugas kaji isu industri kreatif – Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan segera membentuk satu pasukan petugas bagi menjalankan kajian mendalam untuk menyelesaikan isu berkaitan industri kreatif negara. Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata ia juga bagi mewujudkan satu sistem yang membolehkan industri kreatif negara berkembang dengan rangka kerja tersusun dan melonjakkan industri itu ke tahap lebih tinggi. Perbincangan itu disertai penggiat seni dari pelbagai peringkat termasuk pemimpin persatuan anak seni. Antaranya ialah Presiden Persatuan Seniman…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM komited pastikan negara capai internet kelajuan tinggi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited untuk memastikan capaian Internet kelajuan tinggi di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu melalui projek pembinaan tapak menara telekomunikasi baharu, menaik taraf pemancar sedia ada, menyediakan premis dengan gentian optik dan jalur lebar satelit. Beliau menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai langkah diambil bagi memastikan capaian internet kelajuan tinggi di…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penerimaan orang ramai terhadap program vaksinasi bukti berita palsu tidak berkesan

Penerimaan dan kesedaran orang ramai terhadap program vaksinasi di negara ini menjadi bukti berita palsu mengenai vaksin COVID-19 tidak berkesan dalam mempengaruhi masyarakat. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia juga ditambah dengan pelbagai langkah yang diambil kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membendung, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengatasi masalah penularan berita palsu. Beliau berkata PDRM membuka 307 kertas siasatan penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 sejak Mac 2020 hingga September ini…

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM mahu pusat internet komuniti fokus ekonomi digital

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melakukan transformasi berkaitan peranan pusat internet komuniti di seluruh negara agar lebih memfokuskan kepada ekonomi digital bagi membantu rakyat menjana pendapatan. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata KKMM akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan perkara itu dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyediakan platform latihan berkaitan ekonomi digital untuk dimanfaatkan masyarakat setempat. “Sudah banyak sebenarnya yang dilakukan oleh pusat internet komuniti dengan kerjasama…

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM pastikan penduduk pedalaman Sabah peroleh akses internet – Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah, mempunyai akses kepada kemudahan internet meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata akses internet adalah hak bagi setiap individu, malah dalam keadaan situasi semasa internet amat penting bagi anak-anak yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). “Kalau kemudahan lain dari segi bekalan air dan elektrik mahu disamakan seperti di Semenanjung mungkin agak perlahan sedikit, tetapi apabila berkaitan dengan internet,…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Akses internet: KKMM lancar Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pakej itu bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet serta memiliki peranti pintar mampu milik terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan rakyat negara ini. Beliau berkata pakej diskaun itu akan bermula 15 Okt depan, berlangsung selama enam bulan dan tempoh…

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM jadi suara kerajaan, rasa denyutan nadi rakyat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyutan nadi rakyat. Demi memastikan perkara itu dilaksanakan, menterinya, Tan Sri Annuar Musa akan mengubah KKMM menjadi sebuah kementerian yang bukan sahaja membawa informasi kepada rakyat tetapi juga sebagai satu kementerian yang responsif dan proaktif kepada keperluan rakyat. Sumber: Youtube Astro Awani