Tag: kpm

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Proses temu duga calon guru pengambilan ‘one-off’ belum selesai – Mohamad

Pengambilan sejumlah 18,000 guru secara one-off bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Johor, Sabah dan Sarawak kini masih di peringkat temu duga calon, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.                      Beliau berkata dengan pengambilan itu nanti, masalah kekurangan guru yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu akan dapat diselesaikan. “KPM akan memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak dahulu. Selain dua negeri ini, Johor juga mengalami masalah kekurangan guru,” katanya pada…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

143,000 pelajar mula sesi persekolahan libatkan negeri Kumpulan A, B

Seramai 143,000 pelajar di sekolah seluruh negara, kecuali Kedah dan Johor, memulakan sesi persekolahan secara bersemuka setakat semalam dan hari ini, selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 94,000 pelajar dari negeri Kumpulan B –  Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan – memulakan sesi persekolahan…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

LABUAN: Hampir semua sekolahtelah disanitasi menjelang pembukaan sesi persekolahan Isnin depan

Hampir semua sekolah rendah dan menengah di pulau bebas cukai di sini telah selesai disanitasi sebagai persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan mulai Isnin depan (4 Oktober). Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Yusuf Mohamad berkata kerja-kerja sanitasi telah dimulakan sejak seminggu lepas dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di Wilayah Persekutuan ini, sebanyak 17 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah akan memulakan sesi persekolahan melalui kaedah penggiliran. Antara sekolah yang…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kembali Ke Sekolah: Guru Perlu Prihatin Psikologi Kanak-Kanak

Oleh: Erda Khursyiah Basir Pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat bermula 3 Oktober ini menimbulkan pelbagai reaksi  dalam kalangan ibu bapa dan guru, dengan masing-masing bebas mengeluarkan pandangan. Namun, dalam berpolemik itu jangan sampai isu psikologi kanak-kanak yang bakal kembali bersua muka dengan guru dan rakan-rakan sekolah selepas sekian lama, dikesampingkan. Umum menganggap golongan itu teruja dapat kembali belajar di dalam kelas fizikal, berinteraksi dengan guru dan rakan secara…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pendidikan perlu pemimpin berdaya tahan

Krisis pandemik COVID-19 menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketika negara berdepan pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat, organisasi dan individu membawa ketidaktentuan dalam sistem konvensional. Beliau berkata, berikutan itu pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan mengadaptasi menjelang fasa pemulihan. Katanya, pemimpin sedemikian bukan saja akan pulih daripada kesan…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Tambah baik seluruh sistem pendidikan, tangani isu pasaran pekerjaan

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan memberi tumpuan kepada usaha menambah baik seluruh sistem pendidikan negara serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri. Antara langkah utama yang akan dilaksana bagi menambah baik sistem pendidikan negara termasuk memperkukuh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi menyediakan murid…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pihak sekolah dinasihat kurangkan penggunaan penyaman udara elak penularan COVID-19

Pihak pengurusan sekolah dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara bagi memastikan sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan COVID-19 apabila sesi persekolahan kembali dibuka kelak. Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kadar suhu yang dinasihatkan adalah antara 23 hingga 26 darjah Celsius sekiranya penyaman udara masih digunakan di bangunan sekolah. “Kita nasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara dan suhu jangan sejuk sangat (jika…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengoperasian institusi pendidikan alami peralihan fasa berkuat kuasa selepas dua minggu – KPM

Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi negeri-negeri yang mengalami peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu daripada tarikh peralihan berkenaan. Menurut KPM dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter hari ini, keputusan itu terpakai untuk negeri-negeri seperti Johor, Pahang dan Negeri Sembilan yang mengalami peralihan fasa PPN berkuat kuasa hari ini. Pembukaan institusi pendidikan di Negeri Sembilan kekal pada…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kaedah penggiliran sekolah untuk kembalikan semangat murid – Radzi

Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk mengembalikan semangat murid. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ia susulan negara yang mengalami tempoh sukar sejak 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup untuk tempoh yang lama. “Kita sedar dalam konteks pembukaan sekolah pada Mac tahun ini, ibu bapa dan masyarakat melihat keadaan sekolah adalah selamat tetapi apabila keluar sekolah, banyak kesesakan berlaku. “Jadi kita duduk…