Tag: kpm

Posted on: 19/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Semua tadika swasta dibenar operasi

Semua tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini sudah dibenarkan beroperasi semula sejak Jumaat lalu. Kementerian Pendidikan (KPM) berkata pihaknya mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda di negeri berkenaan. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/865854/semua-tadika-swasta-dibenar-operasi Sumber: Berita Harian

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Pertahanan bantu kelancaran pembukaan sekolah – Hishammuddin

Kementerian Pertahanan akan memberi bantuan dan bekerjasama bagi memastikan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober ini berjalan lancar termasuk di semua sekolah dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu membabitkan konteks persiapan sebelum pembukaan sekolah seperti susun atur bilik darjah, melancarkan pemberian vaksin kepada murid dan pelajar,  menyediakan kit ujian COVID-19 serta memperkasa pusat tuisyen dalam…

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah dibuka secara berfasa petunjuk negara ke arah endemik

Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri-negeri memberi gambaran bahawa negara kini sedang bergerak ke peringkat endemik. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pendekatan secara berfasa itu juga menunjukkan bahawa negara akan kembali kepada keadaan sediakala. “Dalam konteks fasa PPN ini, kita sedang bawa negara kembali kepada keadaan sedia kala dengan memastikan tatacara dan peraturan yang kita bawa itu dapat…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah akan dibuka dengan sistem penggiliran bermula 3 Oktober

Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka. Kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri di bawah Fasa 3 dan 4 manakala negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-penggiliran-bermula-3-Oktober Sumber: Sinar Harian/Berita RTM

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bimbang Covid-19: Tak hantar anak ke sekolah tidak dianggap kesalahan

Ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman Covid-19, tidak dianggap kesalahan disiplin dan tiada surat amaran dikeluarkan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Menurutnya, murid juga dibenarkan hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam namun pakaian perlu sesuai, sopan dan kemas. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160999/BERITA/Nasional/Bimbang-Covid-19-Tak-hantar-anak-ke-sekolah-tidak-dianggap-kesalahan Sumber: Sinar Harian/Berita RTM

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sekolah akan dibuka dengan sistem giliran

Sesi persekolahan akan dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan. Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan komponen tertentu dalam sektor pendidikan yang boleh dibuka dan tidak boleh dibuka. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-giliran Sumber: Sinar Harian

Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Mac 2022

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Menurutnya, pelanjutan sesi persekolahan bertujuan memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan. Dalam pada itu beliau berkata, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022. Sehubungan itu juga, ibu bapa diminta memberi perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian. Sumber: Sinar Harian

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Buka sekolah di kawasan rendah jangkitan sahaja

Kementerian Pendidikan (KPM) wajar mempertimbangkan pembukaan sekolah secara bersemuka berdasarkan kawasan yang sangat rendah kadar jangkitan COVID-19. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagi kawasan masih tinggi kadar jangkitan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diteruskan meskipun kawasan itu berada dalam negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Katanya, langkah ini akan memberi keyakinan kepada ibu bapa dan guru untuk sesi persekolahan secara bersemuka…