Tag: Kuarantin

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPWKM bantu KKM sedia SOP tempat kuarantin kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempat kuarantin kanak-kanak dan perkhidmatan kepada golongan itu yang dikuarantin akibat jangkitan COVID-19. Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata lima SOP Bagi Pengurusan Kanak-kanak Positif atau Kontak Rapat Pesakit COVID-19 disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan. SOP itu  antaranya Pengurusan Kanak-kanak Positif COVID-19 di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Tiada kuarantin masuk bagi individu lengkap vaksinasi – Masidi

Tiada lagi syarat kuarantin wajib terhadap individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke Sabah, kecuali ketibaan dari luar negara, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap  COVID-19 negeri  menerusi akaun Twitternya  berkata demikian sebagai merujuk SOP terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berhubung Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negeri itu yang dikeluarkan semalam. Berdasarkan SOP tersebut, kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, individu…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM buka portal HQA untuk pengembara mohon kuarantin di rumah

Pengembara dari luar negara yang ingin menjalani kuarantin wajib di rumah atau kediaman boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) di laman web Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan ke Malaysia,” katanya, justeru pengembara yang akan tiba di Malaysia mulai 28 Sept boleh berbuat demikian melalui portal  https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa. Sebelum ini, beliau berkata permohonan…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

UNIMAS tak kuarantin pelajar kembali ke kampus

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak mensyaratkan kuarantin kepada lebih 1,300 pelajar lama dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dijangka kembali ke kampus pada Oktober nanti. Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Unimas, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman, berkata langkah itu akan memudahkan pengaturan kemasukan pelajar, sekali gus membolehkan sesi kuliah yang dijadual bermula pada 11 Oktober berjalan lancar. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/866037/unimas-tak-kuarantin-pelajar-kembali-ke-kampus Sumber: Berita Harian