Tag: Malaysia

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Setiap negeri disaran sediakan peta risiko bencana

Setiap negeri wajar menyediakan peta risiko berkaitan bencana untuk digunakan maklumatnya bagi penggubalan dasar dan penyediaan belanjawan. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), saranan tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad pada sesi libat urus bersama pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) secara maya semalam. Menurut NADMA dalam kenyataan hari ini, Abdul Latiff semasa sesi libat urus itu juga menyarankan semua agensi di…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia-AS sepakat pastikan momentum hubungan dua hala kekal kukuh – Saifuddin, Blinken

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengadakan perbualan telefon pada khamis malam dan kedua-dua pemimpin berazam untuk memastikan momentum hubungan dua hala terus kekal kukuh.   Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), hubungan dua hala itu merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan dan keselamatan. Saifuddin dan Blinken turut membincangkan pelbagai isu antarabangsa dan serantau, termasuk kerjasama tiga hala Australia-United Kingdom-AS (AUKUS), situasi di Myanmar dan Afghanistan serta Laut…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penduduk miskin Malaysia dijangka berkurangan

Bank Dunia menjangkakan jumlah rakyat Malaysia yang berada di bawah garis kemiskinan nasional iaitu AS$10 sehari akan berkurangan secara beransur-ansur, dengan kadar kemiskinan kembali ke paras pra-pandemik menjelang 2022. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/869774/penduduk-miskin-malaysia-dijangka-berkurangan Sumber : Berita Harian

Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerakyatan anak: Suara wanita warganegara Malaysia perlu didengari

Suara golongan ibu warganegara Malaysia dalam soal kewarganegaraan automatik bagi anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan warga asing perlu didengari. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yakin Kabinet akan meneliti hal tersebut dalam semangat Keluarga Malaysia.  “Saya berpandangan suara para ibu rakyat Malaysia harus kita dengari. “Oleh kerana ia menyentuh soal dasar dan perundangan, saya percaya Kabinet adalah forum paling sesuai meneliti hal ini dalam semangat…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jangan cepat terleka, puas hati terhadap usaha kekang COVID-19, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan agar semua pihak tidak cepat terleka dan berpuas hati dalam usaha mengekang COVID-19 di negara ini. Seri Paduka bertitah usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan, terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu. “Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini. Menyedari…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong seru kerajaan percepat pemulihan ekonomi menerusi Dasar Mesra Perniagaan, Pelaburan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara. Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi. Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang. Seri Paduka bertitah negara kini berada di landasan yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi pembentukan Majlis Pemulihan Negara, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pakej…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membabitkan diri dalam tadbir urus negara. “Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan, PH muktamad MoU landskap politik baharu

Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara ‘dwipartisan’. Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/863164/kerajaan-ph-muktamad-mou-landskap-politik-baharu Sumber: Berita Harian