Tag: Parlimen

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sidang pertama Parlimen lancar, lulus RMK12, tiga Rang UndangUndang

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 Dewan Rakyat, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berakhir pada Selasa setelah 17 hari bersidang. Walaupun negara masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, persidangan yang dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan saringan RTK-AG Saliva Test dibuat dua kali seminggu, berjalan lancar dan bebas daripada penularan COVID-19. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun turut melahirkan rasa…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perbahasan mengungkai ordinan darurat antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021. Sementara itu, sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiga Rang Undang-Undang dijangka dibentang Dewan Rakyat hari ini

Berbaki dua hari lagi penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga Rang UndangUndang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, dua lagi adalah Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021. Bagi waktu pertanyaan jawab lisan pula, Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) meminta Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi…

Posted on: 08/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK12 dilulus, mesyuarat pertama penggal Keempat Parlimen keempat belas berbaki dua hari

Minggu keempat Dewan Rakyat menyaksikan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), rancangan lima tahun baharu negara dilulus selepas empat hari dibahas dan melalui sesi penggulungan 27 kementerian. Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia bagi tempoh 2021-2025 itu selepas dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September. Sejak Selasa lepas persidangan Dewan diisi penuh dengan sesi penggulungan oleh kesemua kementerian bagi…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan, pembangkang setuju tukar komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menukar komposisi semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan perkara itu dijangka dapat dikemukakan di Dewan Rakyat Selasa ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu terlebih dahulu akan dibawa ke Jawatankuasa Dewan esok untuk diputuskan sebelum menteri membawa usul mengenai pertukaran komposisi itu pada pagi Isnin. “… selepas sahaja usul menteri di pagi Isnin itu, saya akan panggil Jawatankuasa Pemilih tengah hari…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kesihatan mental anggota tentera, pengusiran Rohingya fokus Dewan Rakyat hari ini

Isu berkaitan tindakan kerajaan dalam memastikan tahap kesihatan mental dalam kalangan anggota dan pegawai tentera dalam keadaan baik antara yang dijangka menarik perhatian pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu akan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) kepada  Menteri Kanan Pertahanan, yang turut ingin tahu  pampasan  diberikan kepada ahli keluarga  mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Balai Pengawal Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.…

Posted on: 04/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Judi tanpa lesen, dasar kewangan bagi SME fokus Dewan Rakyat hari Isnin

Perihal berkaitan judi tanpa lesen dan dasar kewangan jangka panjang serta perancangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) antara yang bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanya Menteri Dalam Negeri mengenai langkah kerajaan  untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, kerana kewujudannya menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan.  Selain itu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) akan meminta Menteri Pembangunan Usahawan…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu kenaikan pencen kepada golongan B40 antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Isu kenaikan pencen kepada golongan B40 antara fokus Dewan Rakyat hari Khamis Kenaikan bayaran pencen bagi golongan B40 adalah antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.  Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) bertanya kepada Perdana Menteri sekiranya kerajaan akan menaikkan bayaran pencen bagi golongan itu selaras dengan kos sara hidup yang tinggi, selain ramai yang kehilangan sumber pendapatan ketika pandemik COVID-19 pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Turut terkandung dalam …

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rancangan Malaysia Ke-12 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, satu hala tuju yang bakal memacu negara bagi tempoh 2021-2025. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Ismail Sabri dijangka mengemukakan usul RMK12 pada 11.30 pagi, sebaik selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula 10 pagi. Selain itu, takwim Dewan Rakyat memaklumkan selepas pembentangan itu, persidangan dewan…