Tag: Parlimen

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penggulungan Kementerian Kesihatan dijangka tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Penggulungan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagi pihak Kementerian Kesihatan dijangka menjadi tumpuan sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Kementerian yang memainkan peranan penting dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini, disenarai sebagai kementerian pertama yang akan menggulung perbahasan pada hari kedua penggulungan oleh kementerian-kementerian. Sejumlah 11 kementerian dijadual menggulung perbahasan membabitkan isu-isu yang dibangkitkan sepanjang empat hari perbahasan titah diraja oleh…

Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Rakyat: 16 menteri dijangka gulung perbahasan Titah Diraja hari ini

Seramai 16 menteri dijangka menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja berkaitan kementerian masing-masing pada persidangan Parlimen hari ini, setelah berakhirnya sesi perbahasan semalam yang berlangsung sejak 14 Sept lepas. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Dalam pada itu, isu kajian semula gaji minimum, kes pelanggaran status…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan patuh keputusan mahkamah, tidak buat rayuan Undi 18

Kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengarahkan Putrajaya untuk melaksanakan Undi-18 Sebelum 31 Disember 2021. Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah membuat ketetapan mengenai perkara itu dengan mematuhi perintah mahkamah untuk menurunkan usia minimum pengundi dari 21 ke 18 tahun sebelum tarikh ditetapkan. Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-kerajaan-patuh-keputusan-mahkamah-tidak-buat-rayuan-undi-18/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Status pelaksanaan Undi 18 antara fokus Dewan Rakyat hari Selasa

Status pelaksanaan Undi 18 dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk melaksanakannya  antara isu yang bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri. Pada sesi soal jawab lisan itu juga,  Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-  Libaran) meminta Menteri Sains, Teknologi dan inovasi  untuk menyatakan jumlah perbelanjaan…

Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PARLIMEN: Subsidi, insentif padi berasas ‘output’

Pendekatan pemberian subsidi dan insentif bagi penanaman padi akan beralih daripada ‘input’ kepada ‘output’ secara beransur-ansur. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata industri padi dan beras negara antara yang paling banyak menerima peruntukan subsidi oleh kerajaan, demi memastikan pengeluaran makanan ruji itu berupaya menampung permintaan semasa. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/866232/parlimen-subsidi-insentif-padi-berasas-output Sumber: Berita Harian

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jangan cepat terleka, puas hati terhadap usaha kekang COVID-19, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan agar semua pihak tidak cepat terleka dan berpuas hati dalam usaha mengekang COVID-19 di negara ini. Seri Paduka bertitah usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan, terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu. “Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini. Menyedari…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong seru kerajaan percepat pemulihan ekonomi menerusi Dasar Mesra Perniagaan, Pelaburan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara. Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi. Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang. Seri Paduka bertitah negara kini berada di landasan yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi pembentukan Majlis Pemulihan Negara, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pakej…

Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membabitkan diri dalam tadbir urus negara. “Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan…