Tag: PPN

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kemasukan fizikal ke IPT secara berperingkat mulai 15 Oktober

Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini. Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan. Melalui proses kemasukan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT, Noraini…

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia rekod RM7.7 bilion aliran masuk modal pelabur asing

Malaysia terus merekodkan aliran modal pelabur asing yang positif didorong kemajuan dicapai menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bulan lalu Malaysia merekodkan RM7.7 bilion dari segi aliran masuk modal pelabur asing iaitu pencapaian tertinggi sejak Jun lalu sekali gus mengimbangi aliran keluar bagi dua bulan sebelum itu.  Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/09/malaysia-rekod-rm7-7-bilion-aliran-masuk-modal-pelabur-asing/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Masih beri nasihat, amaran sebelum kompaun’

 Polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran berbanding mengeluarkan kompaun kepada individu melakukan kesalahan ringan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di tempat awam. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata pihaknya hanya akan mengeluarkan kompaun serta-merta kepada mereka yang mengulangi kesalahan dan masih berdegil dengan menghiraukan nasihat penguat kuasa. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862476/masih-beri-nasihat-amaran-sebelum-kompaun Sumber: Berita Harian

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Port Dickson dijangka terima sejuta pelancong

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan kedatangan sejuta pelancong ke daerah ini menjelang akhir tahun 2021 susulan Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam waktu terdekat. Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan kedatangan pelancong sekitar Negeri Sembilan semakin meningkat dengan Port Dickson merekodkan kira-kira 150,000 pengunjung selepas sektor pelancongan mula dibuka semasa Fasa Tiga PPN pada 4 September…

Posted on: 10/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Ekonomi lebih kukuh, pengangguran berkurangan mulai bulan ini

Kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh dan kadar pengangguran akan berkurangan mulai bulan ini berikutan peningkatan kadar vaksinasi dan sekiranya lebih banyak negeri beralih keluar daripada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/861870/ekonomi-lebih-kukuh-pengangguran-berkurangan-mulai-bulan-ini Sumber: Berita Harian

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Annuar harap sambutan Hari Malaysia 2021 bawa keceriaan, semangat kepada Keluarga Malaysia

Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 dengan penuh harapan serta keyakinan bahawa negara akan menang dalam peperangan melawan pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata walaupun belum menang sepenuhnya, namun sudah ada petanda negara negara mula mampu mengatasi ancaman tersebut seperti perkembangan baik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga membolehkan beberapa sektor dibuka semula secara berperingkat baru-baru ini. Katanya beliau berharap Hari Malaysia…