Tag: Rentas negeri

Posted on: 16/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

R&R dibenar beroperasi penuh bermula hari ini

Operasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam bermula esok (16 Oktober). Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diumum  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam selepas diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19. Beliau berkata bermula esok, kenderaan e-hailing juga dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perdana…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA: Jambatan Kedua alternatif elak kesesakan trafik ke P.Pinang

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini menasihati orang ramai yang hendak menyeberang ke bahagian pulau, Pulau Pinang agar menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) bagi mengelakkan kesesakan trafik. JKSB selaku pemegang konsesi JSAHMS dalam satu kenyataan memaklumkan JKSB telah bersedia dari segi operasi dengan menyediakan lapan lorong tol yang merangkumi perkhidmatan SmartTag, Touch N Go dan RFID bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan para pengguna dengan kadar tol hanya…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SABAH: Rentas negeri bermula 1 November – Ketua Menteri

Kerajaan Sabah hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri bermula 1 November depan meliputi lawatan sosial dan pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran rentas negeri itu diberikan secara bersyarat iaitu penduduk dewasa perlu lengkap dos vaksin COVID-19, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 jenis RT-PCR atau RTK-Ag (swab/saliva) tiga hari sebelum perjalanan. Katanya, bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut…

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Syarat kemasukan penting untuk lindungi penduduk

Syarat  yang ditetapkan kepada individu ingin memasuki Sarawak ketika ini adalah bertujuan melindungi penduduk negeri itu daripada virus COVID-19. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya mengambil maklum bahawa orang ramai berharap kelonggaran penuh dapat diberikan tanpa sebarang permohonan bagi kemasukan ke negeri itu. Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut terdapat sebab-sebab tertentu mengapa Sarawak masih mengekalkan syarat seperti perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum memasuki negeri tersebut.  “Sebanyak 106 kes…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemeriksaan rawak masih dilakukan ke atas pergerakan rentas negeri – Hishammuddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pasukan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP)  akan meneruskan pemantauan terhadap pergerakan rentas negeri termasuk membuat pemeriksaan rawak di jalan-jalan utama, lebuh raya pada hujung minggu, hari cuti umum dan perayaan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan itu perlu memandangkan kebenaran rentas negeri itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi. “Ini termasuklah pemeriksaan rawak di bawah Akta…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KTMB tambah perkhidmatan tren, sambut pelancong rentas negeri

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah jumlah perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bermula Khamis ini (14 Oktober) sebagai persediaan menerima pelancong berikutan pengumuman kebenaran rentas negeri yang bermula semalam.  Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha dalam kenyataan hari ini berkata jualan tiket akan bermula pukul 3 petang ini untuk perjalanan hingga Disember dan  diskaun sebanyak RM5 akan ditawarkan untuk 10,000 penumpang terawal bagi pembelian tiket berharga lebih RM40 menggunakan…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Destinasi pelancongan dan rekreasi sedia ‘diserbu’ pengunjung

Destinasi pelancongan dan rekreasi di beberapa buah negeri sudah bersedia ‘diserbu’ pengunjung susulan pengumuman kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula semalam. Beberapa negeri mula membuat persediaan untuk menerima pengunjung bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri masing-masing setelah sekian lama industri itu terjejas sejak Mac tahun lepas akibat pandemik COVID-19.  Di TERENGGANU, negeri itu menyasarkan kedatangan 1.5 juta pelancong hingga akhir Disember depan dan menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rentas negeri: PM ingatkan Keluarga Malaysia terus amalkan norma baharu, patuh SOP

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka. Menerusi catatan di laman Facebook rasminya malam ini, beliau berkata ini kerana pandemik COVID-19 masih berada di sekitar kita. “Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu ‘Balik Kampung’ tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rentas negeri : Aliran trafik lancar walaupun kenderaan bertambah

Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan walaupun rentas negeri dibenarkan bermula tengah malam ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim ketika dihubungi Bernama berkata setakat malam ini tiada jangkaan trafik yang luar biasa. “Orang ramai juga dingatkan jangan terlalu ghairah untuk melakukan pergerakan rentas negeri kerana negara  masih berdepan dengan pandemik…

Posted on: 11/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemimpin ingatkan orang ramai agar terus patuhi SOP

Memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan bermula esok, orang ramai digesa agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Menteri Kanan Pertahanan  Datuk Seri Hishammuddin Tun  Hussein dalam ciapan di Twitter beliau baru-baru ini berkata perkara paling utama dalam usaha menentang COVID-19 bermula dengan seseorang individu itu sendiri. “Terus patuhi semua langkah pencegahan #TRIIS (Uji,  Lapor, Asing, Maklum  dan  Dapatkan) dan SOP sedia ada. Menerusi #ReopeningSafely, marilah kita terus berwaspada,” katanya. Menteri…