Tag: vaksin

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SARAWAK: Pemberian dos ketiga, penggalak hari ini

Sarawak memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk rakyatnya hari ini. Timbalan Pengarah Kesihatan Sarawak (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin dalam kenyataan hari ini berkata pemberian vaksin tersebut akan memberi perlindungan tambahan kepada golongan berisiko tinggi. Jelasnya, pemberian dos ketiga bakal melibatkan golongan ‘immunocompromise’ atau mereka mempunyai sistem ketahanan badan lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan yang dianggarkan melibatkan 11,900 individu. “Pemberian dos penggalak pula akan diberikan…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

98.18 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam lengkap divaksin

Jumlah penjawat awam yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19 mencecah 98.18 peratus setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Ini bermakna hanya baki 1.92 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam yang belum mengambil vaksin itu, katanya. “Program vaksinasi ini masih lagi berjalan dan dibuat secara sukarela termasuk kepada kakitangan awam,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keputusan kerajaan wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah mengikut syarak – Pakar syariah

Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah. Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata berdasarkan Siasah Syar’iyah, apabila kerajaan telah mewajibkan penjawat awam divaksinasi maka kelompok yang enggan patuh boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan berkaitan…

Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Cadangan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara tepat pada masanya – Penyelidik

Cadangan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara adalah tepat pada masanya memandangkan negara kini mempunyai penyelidik pakar dalam bidang itu yang bersedia menyumbang kepakaran dan tenaga untuk menghadapi cabaran pandemik.  Universiti Putra Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata tiga penyelidik vaksin COVID-19 dari universiti itu  Prof  Datin Paduka Dr  Khatijah Yusoff, Prof Datuk Dr Mohd Hair Bejo dan Prof Madya Dr Eddie Chia Suet Lin mengalu-alukan cadangan itu dan memaklumkan ramai pakar penyelidik vaksin negara ini dikenali…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tinggal 3.7 peratus untuk capai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa

Sebanyak 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi. Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat pukul 11.59 malam tadi (30 September), seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. Setakat semalam juga, sebanyak 94.2 peratus atau 22,042,703 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 20 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat Rabu

Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.  Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam. …

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dakwaan remaja mati selepas divaksin tidak benar – Dr Noor Azmi

Siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap dakwaan seorang aktivis mengenai kematian lima remaja yang dikatakan selepas mendapat suntikan vaksin di Perak, Sabah dan lokasi yang tidak dimaklumkan, adalah tidak benar. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/870325/dakwaan-remaja-mati-selepas-divaksin-tidak-benar-dr-noor-azmi Sumber : Berita Harian

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: Terengganu mula vaksinasi gelandangan

Kerajaan Terengganu memulakan program vaksinasi COVID-19 kepada golongan gelandangan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, malam tadi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ahmad Shah Mohamed berkata seramai 18 gelandangan telah menerima suntikan dos tunggal vaksin jenis CanSino. Setakat ini, dianggarkan terdapat 50 gelandangan di sekitar daerah Kuala Terengganu. “Sambutan yang diterima sangat baik kerana gelandangan telah diberi penerangan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Segerakan harga kit ujian kendiri lebih murah – Rosol

Kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan harga kawalan baharu kit ujian kendiri COVID-19 yang lebih murah lebih awal, berbanding jangkaan Disember ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pada masa ini kementerian giat mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan supaya kit ujian kendiri itu dapat segera dijual dengan harga yang lebih rendah. Beliau berkata bagaimanapun dalam masa sama kerajaan turut perlu mengambil kira kepentingan…