Tag: vaksin

Posted on: 10/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksin remaja bawah 17 tahun dibuat serentak pembukaan sekolah

Pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun akan dilakukan serentak dengan pembukaan sesi persekolahan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilantik untuk memikul tugasan sebagai penyelaras program vaksinasi kepada remaja. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861960/vaksin-remaja-bawah-17-tahun-dibuat-serentak-pembukaan-sekolah Sumber: Berita Harian

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPWKM sedia bekerjasama untuk vaksinasi remaja

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan inisiatif vaksinasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan, kata menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun. Menerusi kenyataannya hari ini, beliau berkata usaha itu dapat membantu mencapai imuniti kelompok Keluarga Malaysia dengan lebih meluas. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160434/KHAS/Covid-19/KPWKM-sedia-bekerjasama-untuk-vaksinasi-remaja Sumber: Sinar Harian/Youtube Jabatan Penerangan Malaysia/Berita RTM

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Chile: Kanak-kanak 6 hingga 11 tahun diberi vaksin COVID-19 mulai minggu depan

Chile akan memberikan suntikan COVID-19 terhadap remaja berusia 14 hingga 17 tahun, kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun berdasarkan penilaian kesihatan bermula minggu depan, lapor Xinhua. “Bermula Isnin 13 September dan Khamis 16 September remaja berusia 14 hingga 17 tahun boleh mendapatkan suntikan di Cesfams (Pusat Komuniti Kesihatan Keluarga) termasuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun yang mempunyai penyakit komorbiditi,”kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam Paula Daza kepada wartawan pada Rabu.…

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksin COVID-19 | KKM dan MOSTI Terus Jalin Kerjasama ‘R&D’

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) akan terus menjalin kerjasama bagi menghasilkan vaksin untuk manusia selain pembangunan teknologi perubatan. Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerjasama antara kedua-dua kementerian itu adalah sangat rapat dan penting serta tidak akan terhenti pada akhir Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Beliau bercakap pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. Hujung…

Posted on: 09/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Separuh populasi keseluruhan rakyat Malaysia lengkap divaksin-JKJAV

Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5 peratus (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 64.1 peratus atau 20, 943,582 daripada keseluruhan populasi pula, telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 320, 452 dos vaksin COVID-19 melibatkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos lengkap juga diberikan…

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penuntut IPT belum vaksin boleh ‘walk-in’ dengan tunjuk kad matrik

Lebih 200,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang belum divaksin, kini boleh berbuat demikian secara ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV). Demikian jaminan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba sebagai mengulas isu ramai pelajar IPT awam dan swasta di negara ini yang tidak daftar vaksinasi. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/penuntut-ipt-belum-vaksin-boleh-walk-in-dengan-tunjuk-kad-matrik/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Golongan remaja diberi vaksin Pfizer

Vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan menerima vaksin jenis Pfizer.  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah diberi kelulusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 yang akan dimulakan Sarawak terlebih dahulu. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/covid-19/2021/09/golongan-remaja-diberi-vaksin-pfizer/ Sumber: Utusan Malaysia/Youtube Jabatan Penerangan Malaysia

Posted on: 07/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Cuba negara pertama di dunia vaksin kanak-kanak seawal usia dua tahun

Cuba menjadi negara pertama di dunia melaksanakan program vaksinasi Covid-19 melibatkan kanak-kanak seawal usia dua tahun. Bagaimanapun Cuba didakwa menggunakan vaksin keluaran tempatan yang tidak diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/cuba-negara-pertama-di-dunia-vaksin-kanak-kanak-seawal-usia-dua-tahun/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 07/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Remaja divaksin selepas 80 peratus orang dewasa terima dos lengkap

Vaksinasi untuk golongan remaja bakal dimulakan apabila 80 peratus populasi orang dewasa di negara ini menerima dua dos vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu akan dilaksanakan dengan syarat jumlah bekalan vaksin mencukupi. Berita selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/860595/remaja-divaksin-selepas-80-peratus-orang-dewasa-terima-dos-lengkap Sumber: Berita Harian

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program jerayawara vaksin Covid-19 dilaksanakan semula di PPR, perumahan awam di KL

Kementerian Wilayah Persekutuan akan melaksanakan semula Program Jerayawara (Outreach) Vaksinasi Covid-19 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat bagi mengesan penduduk yang masih tercicir dan belum menerima vaksin Covid-19. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, program jerayawara  tersebut akan dijalankan di lokasi yang mencatatkan lebih 500 kes baharu dalam tempoh dua minggu. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/program-jerayawara-vaksin-covid-19-dilaksanakan-semula-di-ppr-perumahan-awam-di-kl/ Sumber: Utusan Malaysia