Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Raja Petra Ditahan Dua Tahun Bawah ISA

RANTAU PANJANG 23 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

 

img_8555copy      raja-petra 

                                                                   Raja Petra



Syed Hamid berkata, beliau sendiri telah menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh dua tahun itu.



"Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.



Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam pada 12 September lalu.



Selain Raja Petra, dua lagi yang turut ditahan adalah anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng tetapi Teresa dan dan Tan telah dibebaskan.



Syed Hamid berkata, penahanan Raja Petra itu berasaskan kepada penulisannya yang mempunyai unsur menghina dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.



"Oleh itu pihak polis telah mencadangkan (Raja Petra ditahan) dan selepas saya membaca kertas asas (siasatan) mendapati kita mempunyai alasan kukuh untuk terus menahan Raja Petra bagi tempoh itu," katanya.



Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian pertamanya iaitu tiga bulan pertama untuk melihat sikap Raja Petra ketika ditahan.



"Selepas itu kita membuat semakan untuk enam bulan berikutnya sama ada Raja Petra boleh dibebaskan atau tidak," katanya.



Beliau meminta masyarakat memahami kenapa kerajaan bertindak menggunakan ISA kerana apa yang lebih penting adalah menjadikan mereka sebagai masyarakat yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.



Menurutnya, ketika ini beliau juga belum menerima mana-mana syor untuk membebaskan mana-mana tahanan ISA yang lain.



"Kalau ada syor untuk membebaskan tahanan ISA yang lain saya akan lihat kerana yang lebih penting mereka akan berubah dan boleh kembali dan sama-sama membangunkan negara," katanya.



Sumber : Utusan Malaysia.