Jumaat 16 November 2018
A- A A+

Pinjaman Perniagaan

Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) merupakan satu inisiatif dan daya usaha pihak Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.



  • Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
  • Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan (business opportunities) dan penjanaan pendapatan (income generating activities) yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera dari kawasan sekitarnya.
  • Menjadi Pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
  • Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan (networking) dikalangan para usahawan yang sediada di kawasan sekitarnya.
  • Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.

Permohonan dan Kelulusan Pembiayaan

  • Permohonan diproses dan disahkan oleh Pejabat Kawasan dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
  • Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau Pejabat Kawasan untuk kelulusan.
  • Proses Kelulusan 14 hari bekerja
  • Peminjam di antara 18 hingga 65 tahun
  • Semua pembiayaan tidak memerlukan penjamin
  • Caj 4% setahun bagi semua pembiayaan.
  • Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
  • Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan/institusi kewangan lain yang melebihi RM50,000 adalah tidak layak.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan permit.
  • Pembiayaan di bawah RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
Sumber: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking