Jumaat 22 February 2019
A- A A+

Biodiversiti


Biodiversiti sangat penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi  bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan kejadian bencana alam lain seperti tannah runtuh, banjir lumpur dan sebagainya.


Selain itu,  biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim (modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan sekaligus menyederhanakan suhu. Oleh itu, kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.



Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana, daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu, akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dari berlakunya bencana alam.













Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. Dengan kata lain, biodiversiti berperanan menyelenggara kitaran Oksigen dan Nitrogen.



Kepentingan Kepada Manusia :


Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sektor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

Selain itu, kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “nilai intrinsik" atau nilai yang tersendiri dan setiap benda hidup di atas muka bumi ini mempunyai "hak untuk hidup. Setiap benda hidup tidak kira haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. Oleh itu, ia perlu dijaga kerana mempunyai hak dan peranan sebagaimana manusia.


Disunting Daripad Artikel Balkis Ahmad

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking