Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Gempa Bumi

 APAKAH YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Gempa Bumi sama seperti taufan bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih menjadi misteri bagaimana untuk meramal dan menduga.

Bagai memahami paras kerosakan yang berkaitan dengan gempa bumi kita perlu melihat gempa yang berlaku sebelumnya.

Jika kita melihat kembali ke 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.

Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata.

Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa.

Apakah yang menyebabkan gempa bumi? Lapisan luar bumi diperbuat daripada lapisan nipis yang terbahagi kepada beberapa bahagian atau plat tektonik.

Hujung setiap plat tektonik adalah  sempadan yang akan bergesel antara satu sama lain dan dalam tempoh masa tertentu tekanan yang bertambah akan menyebabkan gegaran atau gempa bumi.

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin yang dinamakan seismograf. Mesin ini merekodkan gegaran dan saintis boleh mendapatkan ukuran kuasa gempa dalam skala ritcher.

Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari dan biasanya manusia tidak merasainya.

Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun.

Sumber Maklumat: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

 

 MALAYSIAN/CENTRE FOR GEOSPATIAL DATA INFRASTRUCTURE (MaCGDI)

Keperluan terhadap maklumat geospatial (tanah) bagi tujuan pembangunan negara telah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi. Tindakan untuk memenuhi keperluan tersebut telah dimulakan secara rasmi dengan pembangunan Sistem Maklumat Tanah atau Land Information System (NaLIS) pada tahun 1987.

Pada tahun 2002, Pusat Infrastruktur data Geospatial Negara atau Centre For Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) telah ditubuhkan bagi menggantikan NaLIS. Ia diletakkan di abawah seliaan Kementerian Tanah dan Koperasi yang kini telah digantikan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Tujuan penubuhannya ialah untuk menyedia, menyelaras dab mengendalikan infrastruktur serta maklumat geospatial yang mutahir untuk pembangunan ekonomi, kualiti dan keseimbangan alam sekitar serta pembangunan sosial negara.

Berikut Adalah Objektif Penubuhan MaCGDI:

  • Menyediakan mekanisme/infrastruktur bagi memudahkan penggunaan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna. 
  • Mengelakkan pembaziran dari usaha-usaha bertindih dalam pengutipan, pemerosesan, penyenggaraan, penyediaan, dan pengedaran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penjagaan tanah. 
  • Menggalakkan penggunaan data geospatial yang lebih meluas di peringkat negeri dan nasional. 
  • Merancang dan meningkatkan kesedaran terhadap nilai data geospatial dan teknologi yang berkaitan.

Fungsi-Fungsi MaCGDI Pula Ialah Seperti Berikut:

  • Menjadi penasihat kepada sektor awam dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi urusan data geospatial.
  • Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan standard maklumat geografi/geomatik.
  • Bertindak sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial Negara (PPMGN).
  • Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan data geospatial.
  • Menyediakan infrastruktur data geospatial dan menyelaras aktiviti clearinghouse.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS).
  • Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya.
  • Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R & D) bagiGIS. 
  • Mewakili sektor awam dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di peringkat antarabangsa.

Kepentingan Kesedaran Dan Bersiap Sedia Menghadapi Gempa Bumi

Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimakan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah pertama dan persediaan adalah kuncinya.

Bagaimana Anda Harus Bersedia Untuk Gempa  Bumi

Kita mesti tahu bagaimana mempersiapkan diri kita untuk menghadapi gempa bumi supaya bila ianya terjadi kita telah bersedia untuk bertindak. Senarai berikut menerangkan tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan sebelum gempa bumi susulan. Sebahagian daripada saranan-saranan tersebut agak payah untuk dilaksanakan. Persediaan memerlukan masa dan usaha tetapi anda lebih perlu banyak bertenang dan bersikap wajar jika anda telah memikirkannya lebih awal., bukan sahaja dirumah tetapi juga di tempat kerja, di dalam setor, di lorong-lorong, di dalam kereta dan di tempat-tempat lain yang anda pergi. Bila sahaja bencana menimpa anda mesti bersedia untuk bertindak.

Apa Harus Anda Lakukan Semasa Berlaku Gempa Bumi?

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

  • Duduk di dalam bangunan
  • Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
  • Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
  • Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
  • Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.


Duck Cover Hold

  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang. 


Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Tinggi

  • Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  • Jangan gunakan lif
  • Patuhi prosedur pengungsian bangunan.

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh. 
 
Sekiranya Anda di dalam Kereta yang Bergerak

  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
  • Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
  • Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.
       

 Apa Anda Harus Lakukan Selepas gempa Bumi?

  1. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
  2. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
  3. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
  4. Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
  5. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian.
  6. Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
  7. Jangan sentuh pendawaian lektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
  8. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
  9. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
  10. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
  11. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
  12. Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya
  13. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
  14. Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
  15. Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
  16. Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
  17. Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi.