Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Perdagangan dan E-Dagang



Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.


Eksport



Aktiviti eksport iaitu menjual produk yang dihasilkan dalam negara ini kepada negara lain merupakan salah satu punca pendapatan negara yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi.  Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dari segenap aspek termasuk bantuan pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan, panduan dagang dan sebagainya.


Kemudahan Untuk Pengeksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah agensi utama yang bertindak sebagai pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia dan pengimport luar negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa.  Kemudahan yang disediakan MATRADE bertujuan membantu syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, seterusnya mengukuhkan imej Malaysia sebagai rakan kongsi perniagaan bertaraf global.



Kemudahan Untuk Pengimport Asing



Di samping menyediakan kemudahan untuk pengeksport Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari luar negara dalam membina jalinan perniagaan dengan pengeksport Malaysia. 



Import



Malaysia telah menjalin perhubungan perdagangan termasuk perhubungan dua hala dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat.  Pengusaha perniagaan Malaysia boleh mengimport barang-barang dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia. 



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian menyediakan khidmat pemudahan perdagangan bagi membantu pengimport manakala Kastam Diraja Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan tertentu telah menetapkan beberapa peraturan dan tatacara.




Duti dan Cukai



Kerajaan Malaysia mengenakan duti dan cukai ke atas barang-barang yang dieksport/import.  Duti dan cukai dikutip dan diuruskan oleh Kastam Diraja Malaysia.






Perjanjian Perdagangan



Dasar perdagangan Malaysia bertujuan untuk melaksanakan liberalisasi menerusi peraturan berdasarkan sistem perdagangan pelbagai hala di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Selain itu juga Malaysia juga memilih untuk melaksanakan penyusunan perdagangan dua hala.



Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA)



AFTA ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Brunei. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan supaya mendapat faedah terus. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:




Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)



WTO (dahulunya Perjanjian Am Ke Atas Tarif dan Perdagangan (GATT) merupakan salah satu organisasi global yang berurusan dengan peraturan perdagangan di antara negara-negara. Tujuan utama penubuhan WTO adalah untuk membantu pengeluar barangan, pengeksport, dan pengimport untuk mengendalikan perniagaan mereka.




Skim Tariff Keutamaan Sama Rata ( CEPT )



Skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) adalah kerjasama di antara negara-negara ASEAN untuk mengurangkan tariff serantau (intra-regional) dan melucutkan sekatan bukan tarif. Selama 10 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 1993.




Lesen dan Permit



Aktiviti import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.




Program Latihan Eksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan seminar dan bengkel bagi mengemaskini pengeksport dengan maklumat perdagangan dan perniagaan di pasaran antarabangsa.  Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:







Promosi Perdagangan



Kerajaan mempertanggungjawabkan beberapa agensinya dalam mempromosikan produk untuk didagangkan. Agensi-agensi ini melaksanakan program-program bertujuan memperkenalkan produk-produk baru ke pasaran dan membantu usahawan memasarkan produk mereka. Antara agensi yang bertanggungjawab menjalankan promosi perdagangan bagi peniaga tempatan ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut :





Projek Satu Kampung Satu Produk

Program Pemasaran Bersepadu Perabot

Program Pemasaran


Skim Pemasaran Produk Usahawan Bumiputera Di Hypermarket











Statistik Perdagangan



Pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh dilihat pada statistik yang telah disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.





E-Dagang



Internet merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan. Perdagangan yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan cekap kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang. 


E-Perolehan



E-Perolehan membolehkan para pembekal memamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia; menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:





Pengguna ePerolehan

EP Shoppe



Pembolehan






Maklumat Pasaran Antarabangsa



Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan maklumat mengenai pasaran antarabangsa untuk pengeksport-pengeksport Malaysia.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Pemberitahuan Pasaran

Trade Leads

Polisi dan Perundangan Perdagangan

Notis Tender Antarabangsa

Profil Negara-negara