Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pembuatan




Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an bila negara menyaksikan peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.

Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan kebergantungan ke atas import; dan perlu mewujudkan sektor berasaskan teknologi bagi menjamin kejayaan ekonomi negara.



Hari ini, industri pembuatan adalah industri yang paling pantas berkembang dan merupakan sektor pemangkin terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara.





Penyelidikan dan pembangunan (R&D)



Beberapa agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri pembuatan, ke arah memperkembang dan memperkasakan lagi industri yang sedia ada. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Peluang Pelaburan



Usahawan dan pelabur boleh meninjau peluang perniagaan dan pelaburan dalam industri pembuatan melalui badan pembangunan ekonomi Kerajaan-kerajaan negeri, agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pertubuhan-pertubuhan lain yang berkaitan.




Insentif Kepada Pelabur




Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan, Kerajaan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif bagi sektor swasta.  Pada masa yang sama, Kerajaan menawarkan pakej insentif menarik bagi menarik pelabur asing dan tempatan supaya melabur di negara ini.  Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:




Pembiayaan



Kerajaan menyediakan bantuan kepada usahawan yang ingin menceburi industri pembuatan dengan menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan seperti geran dan kemudahan pinjaman.  Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:



Khidmat nasihat dan perundingan



Untuk membantu pengusaha menambah nilai serta meningkatkan tahap dan mutu pengeluaran, Kerajaan menyediakan khidmat sokongan teknikal, perundingan pengurusan dan khidmat nasihat pakar bagi setiap sektor pembuatan. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:



Perundangan Dan Polisi



Di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, sesiapa yang ingin menjalankan aktiviti pembuatan di Malaysia dengan dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM2.5 juta, atau yang menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa perlu mendapatkan lesen pengilang daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).



Pengilang berlesen sedia ada yang ingin mempelbagaikan pembuatan barangan atau mengembangkan kapasiti pengeluaran juga perlu memaklumkan perkembangan ini kepada MIDA.



Pembuatan perabot berasaskan kayu dikawal oleh Akta Industri Berasaskan Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 yang berkuatkuasa di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Perhutanan Negara 1984 dalam Perlembagaan Negeri terbabit.







Lesen dan permit




Untuk menjalankan aktiviti dalam industri pembuatan, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.



Selain itu, pembuatan barang-barang tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis bahan-bahan yang dikendalikan.  Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan lesen:





Pensijilan



Salah satu langkah untuk mengembangkan perniagaan ialah mempertingkatkan kualiti produk. Pengilang boleh mendapatkan pensijilan untuk menjamin kualiti dan menambahkan nilai produk.