Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Panduan Memohon Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Panduan Memohon Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)


Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ialah kursus yang ditawarkan oleh  Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru. Kursus ini dijalankan selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia.  

graduan1

Cara memohon untuk mengikuti KPLI ialah :

Dalam talian sahaja (online).

Pemohonan online boleh dibuat melalui laman web http://www.emoe.gov.my. Pemohon digalakkan dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan KPLI dan memahami cara-cara membuat permohonan secara online.  Permohonan online hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor PIN yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.  Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon untuk pembelian nombor PIN ini. Nombor PIN hendaklah dirahsiakan. Sila semak siaran iklan KPLI di akhbar-akhbar tempatan.

Guna nombor PIN yang sama jika ingin membuat pindaan atau perubahan kepada permohonan yang telah dihantar. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online KPLI ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.  Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sumber Maklumat: http://emoe.gov.my/