Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Rancangan Malaysia Keenam

rmk-6ii2rmk-6iii2

Tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secar cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamnay sektor pembuatan.

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.

Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.

rmk--6i2

Penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik


Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6

Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.


Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan.

Pencapaian RMK-6

Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil.

Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan.

Bagi penilaian prestasi ekonomi makro, dalam tempoh RMEn, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RME iaitu sebanyak 7.5 peratus. Pertumbuhan pesat ini telah dicapai beserta dengan kestabilan ekonomi makro. Pertumbuhan yang teguh ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang berkembang pada kadar 11.3 peratus setahun dan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi dunia pada akhir tempoh Rancangan. Pertumbuhan pesat ini, antara lain, telah meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 pada tahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi. Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan
peranan sokongan yang aktif.

Dalam tempoh RMEn, pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan daya saing Malaysia. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi makro yang berkesan. Liberalisasi yang berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta. Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.

Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia. Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti. Pasaran kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf perindustrian.

Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun manakala bahagiannya daripada KDNK terus berkurang sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan. Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas dan kondensat iaitu hasil sampingan gas.


Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan sebahagian besarnya diperolehi dari pelaburan dalam infrastruktur fizikal, P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yang besar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9 peratus daripada KDNK dalam tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada pertumbuhan KDNK dalam tempoh RMEn.

Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.