Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana dan stabil.

Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialh perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun Negara.

Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.
 
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

rmk-5i2

Projek kereta nasional kedua ini memang mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi kejayaan

Strategi dan Pelaksanaan RMK-5

Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain.

RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru juga diberi penekanan dalam RML. Ini bertujuan bagi mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan kepada seluruh wilayah. Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusat-pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan.

Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur akan dimajukan untuk mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU). Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut.

Penubuhan Sistem Tadbir Baru

Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Sektor swasta digalakkan
untuk mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian. Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam proses perancangan dan pelaksanaan diperluaskan lagi. Sistem maklumat pengurusan bersepadu yang dipanggil Sistem Pengesanan Projek Yang Disatukan Bagi Agensi-agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan.

Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah jabatan, agensi dan pejabat cawangan telah ditubuhkan. Kementeriankementerian yang baru ialah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kehakiman. Seterusnya, sejumlah 48 buah kementerian, Jabatan dan agensi persekutuan dan negeri telah disusun semula.

Selain daripada dasar-dasar dan nilai-nilai yang tersebut di atas, beberapa langkah pentadbiran yang baru telah diperkenalkan untuk menggalakkan jentera perancangan dan pelaksanaan Kerajaan yang lebih cekap dan lebih produktif. Langkah-langkah baru tersebut ialah kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan, kumpulan meningkat mutu kerja, manual prosedur kerja dan fail meja, pusat pembayaran setempat, konsep pejabat terbuka, sistem perakam waktu, tanda nama, peti cadangan, pengurusan melalui mesyuarat dan penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara. Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti berikut:-
1. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020)
2. Wawasan 2020 (1991 - 2020)
3. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 - 2000)
4. Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995)

 

rmk-5ii2

Bidang pendidikan juga diberi keutamaan dalam RML

Pencapaian RMK-5

Prestasi ekonomi sepanjang tempoh RML amat membanggakan. Pada keseluruhannya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan. Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta. Faktor-faktor tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan ekonomi pulih dengan segera.

Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh separuh penggal kedua RML telah menghasilkan kemajuan yang ketara dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulan
berpendapatan tinggi.

Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan pengurusan.

Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan. Sebagai sebahagian daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu, had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniaga- peniaga kecil juga telah di tambah.

Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan ekonomi. Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh pembangunan sehingga kini. Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan. Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek-projek pembangunan negara.