Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Dasar Pensyarikatan Malaysia

Latar Belakang

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh  YAB  Perdana Menteri   Datuk   Sri   Dr.Mahathir   Mohamed  di waktu pelancaran  Forum  INTAN  pada  25hb.  Februari,  1983. Semenjak   itu  dasar  ini  telah  banyak  dikupas  dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media  massa  tetapi juga  oleh  ahli-ahli  politik,  ahli-ahli  perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual.

Rasional

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor  utama  yang  akan menentukan maju dan mundurnya negara  ini,  iaitu  sektor  swasta  dan  sektor  awam. Kedua-dua  sektor  ini  seharusnya   boleh  bekerjasama dalam semua  bidang  untuk  mencapai  dan  meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.


Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong  kepada  aktiviti  perdagangan  dan  ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan  menentukan  arah  serta  menyediakan  perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan  ini pihak   kerajaan  atau  awam  lebih  merupakan  pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.


Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia  ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa  perkara  dan  persoalan-persoalan  pokok yang menjadi  berasingan  atau  bertentangan  seperti   soal matlamat  organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.

Objektif

Persyarikatan  Malaysia  bertujuan   mengujudkan   satu kerjasama  yang  erat, bermakna  dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam  menjayakan pembangunan  negara  yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.


Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan  konsep Persyarikatan   Malaysia  memerlukan  kedua-dua  sektor menghapuskan sikap permusuhan  dan  sebaliknya  bersama berkongsi   maklumat,   tanggongjawab,   cabaran  serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha   mempertingkatkan   pembangunan    sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat  ini  sebenarnya  akan  menguntungkan  semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan   diterima   oleh   segenap   lapisan   masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat  dikecapi  bersama-sama    melalui    cukai   dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.

Strategi Pelaksanaan

Kesefahaman  dan  kerjasama  di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

  1. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan.
  2. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan  bagi  mencapai matlamat  negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu  menjaga  maruah negara dan tidak hanya satu  pihak  sahaja   yang   akan  bersungguh membangunkan negara.
  3. Peraturan  dan  prosedur  kerja  pihak  awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah  dilibatkan dalam  menggubal  peraturan  serta  prosedur yang ada.
  4. Hubungan  di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara  satu  sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat  kerja  dan  cara  bekerja yang sama.    Ini  membolehkan  pihak  swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum,  seminar  dan  perbincangan  dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaran-pertukaran   maklumat di    peringkat persekutuan   dan  negeri-negeri.    Beberapa  syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk  mengadakan seminar yang serupa.


Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan  penglibatan  pihak  swasta dalam penggubalan dasar dan  prosediur,  secara  lebih  berkesan,  satu   Surat Pekeliling  Am  Bil.  2  Tahun 1984 yang ditandatangani oleh  Ketua  Setiausaha   Negara   telah   dikeluarkan, mengarah   supaya  semua  Kementerian,  Jabatan,  badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan  Perundingan  di antara pihak swasta dan pihak awam.


Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah  dijalankan  seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta.   Sebagai permulaannya  seramai  18 orang  pegawai  telah  ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari  selok  belok  pengurusan   sektor   swasta tentangnya   dibidang   perniagaan,   perdagangan   dan industri.

Penutup

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam  dan  swasta  untuk memupuk persefahaman    dan   kerjasama   yang   lebih   erat   agar kesejahteraan rakyat Malaysia  akan  dapat  dipertingkatkan. Ianya   timbul   atas   kesedaran   bahawa  kedua-dua  pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.


Sesungguhnya potensi bagi ekonomi  Malaysia  bertambah  maju amatlah  besar  sekali  memandangkan  negara ini kaya dengan sumber   asli   yang   seharusnya    digemblengkan.    Dasar Persyarikatan  Malaysia  ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan   sektor   swasta.   Sesungguhnya   pelaksanaan    Dasar Persyarikatan  Malaysia  yang  berkesan  akan  dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain  dasar  awam negara  seperti  Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.