Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Program-Program Kerajaan Prihatin

Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) beberapa program yang dilaksanakan untuk kebajikan dan pembangunan rakyat. Antara yang dilaksanakan ialah:

Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan kepada golongan miskin tegar dan miskin mengikut kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan.

Matlamat program ini ialah:

  • Untuk membangunkan minda dan sikap supaya lebih bermotivasi
  • Untuk meningkatkan ilmu, pendidikan dan kemahiran
  • Untuk meningkatkan pendapatan keluarga

Program ini mengandungi tiga komponen utama ialah:

  • Bantuan untuk mengikuti kursus-kursus motivasi, pembangunan minda(perubahan sikap) kepada golongan berpendapatan rendah yang berada dalam umur produktif
  • Bantuan untuk mengikuti kursus-kursus kecemerlangan pelajar kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah yang masih bersekolah
  • Bantuan untuk mengikuti kem sahsiah, bengkel kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga.

Program Latihan dan Pendidikan (PLP)

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kemahiran dan tahap pendidikan serta pencapaian akademik supaya mereka berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang mendatangkan pendapatan bagi mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.

Program ini mengandungi dua komponen iaitu:

  • Bantuan untuk mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran kepada anak-anak golongan miskin yang telah tamat persekolahan dan gagal memasuki institusi pengajian tinggi
  • Bantuan untuk mengikuti kursus-kursus peningkatan kecemerlangan akademik diberikan kepada anak-anak yang masih bersekolah
  • Kadar bantuan maksimum diberikan meliputi kos pengurusan, bayaran kepada pengendali kursus, kos logistik dan elaun hilang pendapatan di mana sesuai.

Kedua-dua program ini merupakan  program  RISDA dengan kerjasama KKLW. Untuk maklumat lanjut hubungi:

Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel: 03- 42564022
Faks: 03-42576726
Telex: MA 31211
E-Mel: Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya

 

 

Program Bantuan Rumah (PBR)

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar yang terdiri daripada warga tua, uzur dan cacar serta ibu tunggal yang mempunyai bilangan tanggungan yang ramai untuk mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu.

Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka. Selain itu, bantuan PBR juga boleh dipertimbangkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang rumah mereka ditimpa bencana seperti kebakaran dan banjir.

Komponen Dan Kadar Bantuan

Melalui program ini dua kategori bantuan disediakan iaitu:

Bantuan untuk membina sebuah rumah baru mengikut spesifikasi yang ditetapkan, meliputi pembiayaan keseluruhan kos pembinaan rumah mengikut pelan, spesifikasi dan kaedah pembinaan yang diluluskan.
Bantuan untuk baik pulih rumah sedia ada meliputi pembiayan kos bahan binaan dan upah kerja-kerja mengganti dan membaik pulih bahagian/komponen asas rumah induk yang rosak seperti lantai, gelegar, tiang, rasuk, dapur, bumbung dan lain-lain.

Spesifikasi pelan rumah bina baru ialah rumah batu atau kayu dengan jeluasan lantai 560 kaki persegi, mengandungi dua bilik, pendawaian elektrik dalaman, penyambungan paip dalaman serta kemudahan bilik air dan tandas di dalam rumah.

Untuk mendapatkan borang PBR klik sini . Maklumat lanjut hubungi KKLW di talian 03-8891 2000

Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)

Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membangunkan kawasan-kawasan penempatan kumpulan sasar dari golongan berpendapatan rendah di kawasan-kawasan terpencil, kawasan Orang Asli dan kawasan kumpulan minority Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Keutamaan diberikan kepada golongan miskin tegar sama ada secara ‘in-situ’ atau penempatan semula.

Matlamat Program

Untuk membolehkan kumpulan sasar di kawasan-kawasan terpencil menikmati kemudahan-kemudahan asas pembangunan dan menyertai dalam arus perdana pembangunan. Melalui konsep ini kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan.

Komponen dan Kadar Bantuan

  • Bantuan penyediaan infratruktur dan ameniti sosial (seperti dewan orang ramai,surau, bangunan TASKA, bekalan elektrik, bekalan air, perparitan, longkang dan sebaginya) untuk semua penduduk di kawasan terpilih
  • Bantuan pembinaan rumah PPRT kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kes penempatan semula, dan kepada KIR miskin tegar dalam kes pembangunan ‘in-situ’
  • Bantuan mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insane kepada peserta sasaran yang terlibat
  • Bantuan menyertai projek-projek peningkatan pendapatan kepada peserta sasaran terlibat yang berada dalam kategori untuk produktif
  • Kadar bantuan bagi satu-satu projek PPMS adalah dalam lingkungan RM2,000,000 yang meliputi kesemua komponen di atas.

 

Kaedah Pelaksanaan

PPMS akan dilaksanakan menerusi Agensi Pelaksana yang dilantik di negeri-negeri dengan memberi keutamaan kepada penglibatan aktif Pejabat-pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat-pejabat Daerah di mana sesuai. Peserta-peserta adalah dikenal pasti oleh Agensi Pelaksana dan hendaklah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dengan keutamaan kepada golongan miskin tegar.

 

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pembasmi Kemiskinan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Aras 6, Blok D9, Kompleks D

Pusat pentadbiran Kerajaan persekutuan

62606 Putrajaya

Tel: 03-88863500/ 3700

Faks: 03-8889 2143

web: http://www.rurallink.gov.my

 

Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

Konsep

Program ini menyediakan bantuan bagu kursus pra-pelaksanaan dan kos peralatan modal (seed money) kepada kumpulan sasar dari golongan miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada RM264.50 sebulan dan lebih rendah serta golongan ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta terdiri daripada golongan yang produktif dan berminat untuk menjalankan projek ekonomi untuk meningkatkan pendapatan keluarga, bagi pelaksanaan projek-perojek peningkatan pendapatan.

Projek-perojek akonomi yang boleh dilaksanakan adalah aktiviti-aktiviti dalam beberapa bidang seperti berikut:

  • Perniagan secara kecil-kecilan
  • Perusahaan berasaskan sumber asas tani
  • Aktiviti ekonomi berasaskan perkhidmatan

Matlamat Program

Bagi meningkatkan pendapatan isi rumah serta membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan isi rumah di Bandar dan luar Bandar.

Komponen dan Kadar Bantuan

Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk tujuan:

  • Modal pusingan
  • Pembelian peralatan dan mesin
  • Penyediaan kemudahan bangunan bengkel/premis

Kadar bantuan bagi setiap peserta adalah tidak melebihi daripada RM10,000 iaitu maksimum bantuan di bawah PPP. Selain daripada pelaksanaan secara indidvidu, projek ekonomi yang dilaksanakan juga boleh dilaksanakan secara bekelompok dan ini adalah digalakkan.

Kaedah Pelaksanaan

Projek-projek akan dikenalpasti boleh dilaksanakan menerusi Agensi-agensi Pelaksanan yang terdapat di daerah serta agensi yag dilantik termasuk daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan pihak swasta, sementara peserta-peserta dikenalpasti oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Persekutuan atau Pejabat Daerah.

 

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Aras 6, Blok D9, Kompleks D
Pusat pentadbiran Kerajaan persekutuan
62606 Putrajaya
Tel: 03-88863500/ 3700
Faks: 03-8889 2143
web: http://www.rurallink.gov.my

 

Program Bangunan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Konsep

Program ini menyediakan bangunan TASKA di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk miskin tegar dan minki yang mempunyai anak-anak masih kecil. Pelaksanaan program ini adalah secara sinergi dengan program KEMAS yang menyediakan tenaga pengasuh terlatih dan operasi harian TASKA.

Matlamat Program

Ia ditubuhkan supaya ibu bapa dapat menempatkan anak-anak mereka yang kecil di TASKA untuk dijaga dan dengan itu mereka dapat membantu dalam usahausaha menambah pendapatan keluarga. Sementara itu, anak-anak mereka mendapat asuhan yang baik di TASKA daripada pengasuh-pengasuh terlatih.

Komponen dan Kadar Bantuan

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi menyediakan bangunan dan peralatan baru dan komponen penyediaan perkhidmatan pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak. BPK adalah bertanggungjawab dalam menyediakan komponen fizikal manakal KEMAS bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengasuhan/penjagaan kanak-kanak.

Kaedah Pelaksanaan

Pembinaan bangunan TASKA dilaksanakan oleh agensi pelaksana yang dikenal pasti oleh Kementerian sementara penyediaan peralatan, tenaga pengasuh dan operasi harian dilaksanakan menerusi KEMAS.

Untuk mendapatkanmaklumat lanjut sila klik di sini http://www.rurallink.gov.my/poverty_eradication#