Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Datuk Nicol Ann David

Nicol Ann David (Skuasy)

nicoledavid2

Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.

Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, anak kelahiran Pulau Pinang ini bukan orang baru dalam sukan skuasy. Mula bermain skuasy ketika berusia lima tahun, sukan itu seolah-olah `diwujudkan’ untuk Nicol apabila merangkul kejuaraan peribadi yang pertama ketika berusia sembilan tahun.

Mula berlatih secara formal ketika berusia lapan tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000, Nicol merangkul kejuaraan demi kejuaraan, termasuk Terbuka British 2005 dan juara Sukan Asia, yang kelima kali buatnya sejak Sukan Asia 1998.

Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.

Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Puas...Wajah keriangan Nicol selepas menjuarai pertandingan skuasy.

Berikut adalah antara pencapaian dan anugerah yang diterima Nicol.

Pencapaian:

  • 1997: Emas berpasukan Sukan Sea Jakarta
  • 1998: Juara Asia; Emas Sukan Asia Bangkok
  • 1999: Emas individu Sukan Sea Brunei; Juara Remaja Dunia Antwerp, Belgium
  • 2000: Juara Terbuka Finland; Juara Terbuka Kuala Lumpur
  • 2002: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Perak acara beregu campuran bersama Ong Beng Hee di Sukan Komanwel Manchester
  • 2005: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Juara Terbuka Kuwait; Juara Terbuka Belanda; Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Dunia; Juara Terbuka British; Juara Terbuka Caroy Weymuller

Anugerah:

  • Pingat Ahli Mangku Negara (2000)
  • Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001)
  • Pemain Terbaik Asia 2001
  • Dewan Kemasyhuran SportExcel 2002
  • Olahragawati Kebangsaan (2003 & 2005)

 

nicol1

nicol4 nicol3

Nombor Satu Dunia....Kejayaannya tidak dapat dipertikaikan lagi.

 

Untuk informasi terkini tentang Datuk Nicol Ann David sila klik pada pautan ini.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David

 

20 Mac 2011

Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2011 melabuhkan tirainya pada 20 Mac 2011. Misi melakar kejuaraan ke 7 akhirnya berjaya direalisasikan ratu squash negara, Datuk Nicol David. Nicol juara selepas menumpaskan Madeline Perry dari Ireland. Manakala Karim Darwish dari Mesir juara kategori lelaki.





Berdepan pemain ranking ke-6 dunia Madeline Perry dari Ireland, Nicol menang set pertama 11-6. Meskipun Madeline cuba memberi tentangan, namun Nicol sukar ditandingi. Nicol hanya memerlukan 34 minit mendominasi dua set berikutnya 11-6 dan 11-2, sekaligus melakar kejuaraan ke-7 dengan meraih wang tunai 8550 dolar Amerika.

Sementara itu, aksi final lelaki,  pertemuan sesama sendiri pemain Mesir Karim Darwish berdepan pilihan kedua Mohamed El-Shorbagy. Karim, ranking pertama dunia mencatat kemenangan straight sets 11-9 ,11-9, 11-3 dalam tempoh 52 minit, membawa pulang hadiah wang tunai 8075 dolar Amerika. Hadiah disampaikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.

10 April 2011



Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menepati ramalan apabila mengungguli kejohanan buat kali ke-3 berturut-turut dalam Skuasy terbuka Cayman Islands 2011.. Nicol ditentang lawan dari England, Jenny Duncalf, dipaksa bekerja keras sebelum memastikan gelaran juara miliknya. Nicol menang, 11-7, 11-6, 12-14, 11-4 dalam tempoh sejam. Kejayaan Nicol, 27 tahun dalam kejohanan bernilai 68 ribu dolar Amerika itu juga mengulangi pencapaiannya tahun lalu ketika menundukkan lawan sama.

----------------

Nicol Rangkul Kejuaraan Sulung Terbuka Australia

CANBERRA, 14 Ogos (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan sulung Terbuka Australia dalam percubaan pertamanya apabila menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir, di sini hari ini.

Nicol, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay bersama pemain lagenda sukan itu.

Nicol menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga.

Bagaimanapun, rentak permainan Nicol yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu.

"Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij.

"Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini," kata Nicol yang berusia 27 tahun.

-- BERNAMA