Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Hal Ehwal Imigresen

Garis Panduan Untuk Warganegara-warganegara Asing Memohon Menjalankan Penyelidikan di Malaysia

Semua warganegara asing yang ingin melakukan penyelidikan di Malaysia mestilah mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia. Pemohon-pemohon adalah dinasihatkan merujuk kepada laman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri: www.epu.jpm.my untuk maklumat lanjut tentang peraturan-peraturan permohonan menjalankan penyelidikan di Malaysia.

Melawat ke Luar Negara

Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.



Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-

  1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
  2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
  3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
  4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
  5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.

Untuk menyemak maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak-wabak di negara asing dan garis panduan untuk urusan inokulasi, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Penyakit (Unit Kesihatan Anatarabangsa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Dungun
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2540088
Faks: 03-2525667

Penjelasan Berkenaan Permohonan Visa Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar Negara Dan Bagi Warganegara Asing Memasuki Malaysia. Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negingan dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara mepunyai dokumen-dokumen yang diperlukan, termasuk memperolehi visa untuk memasuki negara-negara yang berkehendakkannya. Bahagian Konsular juga, melalui perwakilan Malaysia di luar negara, memberikan khidmat mendapatkan visa dan keperluan lain kepada rakyat asing yang memerlukannya untuk memasuki Malaysia, bagi memastikan kemasukan mereka teratur dan bebas masalah.Maklumat boleh diperolehi daripada laman web : www.imi.gov.my
Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial dan Pas Pelajar
  1. U.S.A

Pengecualian Visa bagi semua tujuan kemasukan Semua negara Komanwel kecuali:
  1. India
  2. Pakistan
  3. Bangladesh
  4. Sri Langka
  5. Nigeria

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial bagi tempoh tiga bulan. Visa diperlukan bagi Pas Pelajar, Pas Penggajian, Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Ikhtisas.

  1. Albania
  2. Algeria
  3. Argentina
  4. Austria
  5. Bahrain
  6. Belgium
  7. Bosnia Herz.
  8. Brazil
  9. Chile
  10. Croatia
  11. Cube
  12. Czech Rep.
  13. Denmar
  14. Egypt
  15. Finland
  16. France
  17. Germany
  18. Hungary
  19. Iceland
  20. Italy
  21. Japan
  22. Jordan
  23. Kirgystan
  24. Kuwait
  25. Lebanon
  26. Luxembourg
  27. Norway
  28. Oman
  29. Peru
  30. Poland
  31. Qatar
  32. Romania
  33. Saudi Arabia
  34. S. Korea
  35. Spain
  36. Sweden
  37. Slovakia
  38. Tunisia
  39. Turkey
  40. Turkesmenistan
  41. U.A.E
  42. Uruguay
  43. Yemen

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial untuk tempoh satu bulan sahaja. Visa diperlukan bagi Pas Pelajar / Pas Penggajian / Pas Tanggungan / Pas Lawatan Ikhtisas

  1. Semua negara ASEAN kecuali
  2. Myanmar
  3. Hong kong SAR
  4. Macao SAR
  5. British National Oversea (BNO)
  6. North Korea
  7. Vietnam

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial untuk tempoh 14 hari sahaja. Visa diperlukan bagi Pas Pelajar / Pas Penggajian / Pas Tanggungan / Pas Lawatan Ikhtisas

  1. Iran (15 days)
  2. Iraq
  3. Libya
  4. Syria
  5. Macao(Travel Permit)
  6. Portugal Alien Passport
Pengecualian Visa bagi semua tujuan kemasukan
  1. Liechtenstein
  2. Netherlands
  3. Switzerland
  4. St. Marino

Visa diperlukan bagi semua tujuan kemasukan :

  1. Bangladesh
  2. India
  3. Pakistan
  4. Sri Langka
  5. Taiwan
  6. Myanmar
  7. Nepal
  8. Bhutan
  9. China
  10. Semua pemegang ‘Cert. Of Identity’
  11. Semua pemegang ‘Laisser Passer’
  12. Semua pemegang ‘Titre De Voyage’
  13. Afghanistan
  14. Colombia
  15. Negara – negara Afrika :
  • Angola
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Cameroon
  • Central African Rep.
  • Congo Democratic. R
  • Cote DVoire
  • Djibouti
  • Equatorial Guinea
  • Eriteria
  • Ethiopia
  • Ghana
  • Guinea Bissau
  • Liberia
  • Mali
  • Mozambique
  • Niger
  • Nigeria
  • Rwanda

Penjelasan Berkenaan Permohonan Visa Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar Negara Dan Bagi Warganegara Asing Memasuki Malaysia

Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negingan dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara mepunyai dokumen-dokumen yang diperlukan, termasuk memperolehi visa untuk memasuki negara-negara yang berkehendakkannya.

Bahagian Konsular juga, melalui perwakilan Malaysia di luar negara, memberikan khidmat mendapatkan visa dan keperluan lain kepada rakyat asing yang memerlukannya untuk memasuki Malaysia, bagi memastikan kemasukan mereka teratur dan bebas masalah.Maklumat boleh diperolehi daripada laman web : www.imi.gov.my

Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia. Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.


Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
  • Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
  • Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
  • Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
  • Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
  • Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.


Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.


Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.


Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:

  • Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan social secara tahunan (annual basis).
  • Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan social secara tahunan (annual basis).

Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara



Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

  • Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan
  • Surat Nikah
  • Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
  • Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
  • Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.

Permohonan Kewarganegaraan

Semua permohonan kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat yang dibenarkan memohon. Permohonan bagi taraf kewarganegaraan akan diproses oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan kemudiannya akan diproses dan dikaji dengan teliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Keseluruhan proses tersebut akan memakan masa yang panjang sebelum keputusan dapat dikeluarkan . Pada kebiasaan pemohon akan dimaklumkan dalam tempoh 2 tahun atau lebih dan keputusannya adalah terpulang kepada budi bicara Kementerian.



Mereka yang berhasrat untuk memohon taraf kewarganegaraan lebih awal perlu datang sendiri ke Kementerian untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 20(2)(c) Jadual Kedua, Bahagian III Perlembagaan melalui borang yang disediakan. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui laman web KHEDN. Hanya permohonan yang memenuhi syarat – syarat yang digariskan oleh Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan.

Asas-Asas Pertimbangan bagi Permohonan Kewarganegaraan

  • Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah
  • Menetap dalam tempoh yang lama
  • Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
  • Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara
  • Menyumbang kepada masyarakat dan negara
  • Taat dan setia kepada Negara

Cara Memohon Kewarganegaraan

  • Borang permohonan boleh diperolehi dan diserahkan di mana – mana Jabatan Pendaftaran Negara
  • Selain daripada permohonan di bawah perkara 15(2) dan 15A akan dihantar untuk tapisan Polis
  • Permohonan di bawah Perkara 16 dan 19 disyaratkan menduduki ujian Bahasa

Sebab-Sebab Permohonan Warganegara Mengambil Masa

  • Setiap permohonan dikaji dengan teliti
  • Tapisan keselamatan dan ujian bahasa mengambil masa
  • Memastikan setiap permohonan itu “ genuine”
  • Anugerah yang tertinggi oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

Kehilangan taraf kewarganegaraan boleh berlaku disebabkan dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan;

  • Tolakan
  • Perlucutan

Permohonan Kelayakan Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut Atau Menolak Kewarganegaraan Malaysia:

  • Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan dibawah Perkara 18(2) Perlembagaan sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.
  • Borang permohonan boleh didapati di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau dengan memuat turun borang daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
  • Permohonan mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf Permastautin Tetap untuk layak memohon.

Permohonan Mendapatkan Visa Untuk Memasuki Malaysia Di Perwakilan Malaysia Di Luar Negara

  • Semak keperluan visa bagi warganegara asing yang ingin melawat Malaysia di dalam laman web Kementerian Luar Negeri di bawah topik “Maklumat Visa – Keperluan Visa Untuk Warganegara Asing”.
  • Buat permohonan pengeluaran visa di Pejabat Perwakilan Malaysia dengan mengisi borang yang disediakan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri di bawah topik " Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.
  • Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah pasport (sah tidak kurang daripada 6 bulan) dan 2 keping gambar berukuran passport
  • Bayaran yang dikenakan adalah mengikut kewarganegaraan pemohon.
  • Bagi warganegara asing yang ingin bekerja di Malaysia, surat kelulusan daripada Jabatan Imigresen (JIM) perlu dibawa bersama ke Pejabat Perwakilan Malaysia untuk permohonan mendapatkan visa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk JIM iaitu dialamat seperti yang teerdapat dilaman web jabatan tersebut : www.imi.gov.my.

Sistem IDEAS

Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan Sistem IDEAS (Immigration Department Electronic Application System) yang menyediakan capaian melalui laman web bagi memenuhi keperluan orang awam yang sentiasa berurusan dengan pihak Imigresen untuk permohonan baru mahupun untuk melanjutkan Pas Pekerja Asing atau Pembantu Rumah mereka. Semua permohonan boleh dilakukan melalui laman web http://www.imi.gov.my

Syarat-syarat yang Perlu Dipatuhi Oleh Pihak Syarikat Yang Mengambil Pekerja Asing:

  1. Membiayai semua kos pekerja pergi dan balik dari negara asal.
  2. Bertanggungjawab menyediakan deposit jaminan seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  3. Menyediakan perlindungan kepada setiap pekerja di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing.
  4. Memaklum dan menerangkan kepada pekerja semua terma kontrak pekerjaan yang sah
  5. Satu salinan kontrak pekerjaan hendaklah diserahkan kepada pekerja.
  6. Mendapatkan kad pekerja asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
  7. Memperbaharui pas pekerja.
  8. Menyimpan dengan selamat dokumen perjalanan pekerja.
  9. Menyerahkan dokumen perjalanan tersebut ke kedutaan asal pekerja tersebut sekiranya pekerja tersebut melarikan diri.
  10. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang bersesuaian.
  11. Melaporkan dengan segera kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebarang salah laku pekerja.
  12. Menghantar pulang pekerja yang telah tamat tempoh.
  13. Menguruskan penghantaran pulang atau pengkebumian jenazah pekerja.


Tanggungjawab Pekerja Asing

  • Bertanggungjawab bagi bayaran levi, pas, visa dan yuran pemprosesan dan apa-apa bayaran lain yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia
  • Menanggung semua kos bagi mendapatkan dokumen perjalanan pemeriksaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan di negara asal
  • Sentiasa membawa kad pekerja asing untuk pemeriksaan semasa berada di Malaysia
  • Sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia

Pekerja TIDAK dibenarkan:

  • Menukar Majikan
  • Menjalankan perniagaan
  • Bergiat didalam sebarang aktiviti persatuan
  • Berkahwin atau membawa pasangan.

Permit Masuk

Permit masuk adalah satu permit untuk masuk dan berada di Malaysia dibawah Seksyen 10 Akta Imigresen 1963. Kelulusan Permit Masuk ini melayakkan pemohon untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap di Malaysia.


Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dibuat di Jabatan Imigresen Malaysia. Golongan yang layak memohon :-

  1. Isteri dan anak dibawah umur 6 tahun untuk 2 kategori dibawah.
  2. Isteri kepada warganegara Malaysia yang tinggal secara terus menerus selama 5 tahun atau lebih.
  3. Anak-anak dibawah umur 6 tahun kepada warganegara Malaysia.
  4. Orang yang mempunyai kepakaran dan kelulusan professional.
  5. Orang yang mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Menteri mengesahkan kemasukkannya memberi faedah ekonomi kepada negara.
  6. Mana-mana orang atas dasar belas kasihan
  7. Kelulusan terletak kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Rayuan Permit Masuk

Rayuan Permit Masuk hendaklah dibuat kepada Y.B Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengikut Seksyen 10(3) Akta Imigresen 1959/63 dalam tempoh 30 hari selepas permohonan permit masuk ditolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh menarik balik taraf penduduk tetap kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah dengan mengistiharkannya sebagai imigran larangan. Mereka tidak akan dibenarkan memasuki negara ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada YB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.


Definasi Pemastautin

Pemastautin bermakna:


Rakyat Malaysia, termasuk seseorang yang telah memperolehi taraf pemastautin tetap di luar Malaysia tapi kini bermastautin di Malaysia.
Bukan rakyat Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap di Malaysia dan kini bermastautin di Malaysia.


Bukan Pemastautin bermakna:


Seseorang selain daripada pemastautin.
Rakyat Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastatutin tetap diluar Malaysia dan kini bermastautin diluar Malaysia.