Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Disember selepas ia didebatkan dan dilakukan pindaan terhadap beberapa fasal yang berkaitan. Sehari selepas itu, Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) pula diluluskan dewan rakyat. Rang undang-undang berkenaan memperuntukkan Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan itu dengan mempertahankannya dan memastikan badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk berfingsi.

Fungsi SPK ialah menerima permohonan orang yang berkelayakan bagi pemilihan-pemilihan hakim mahkamah atas alasan merumus dan melaksanakan mekanisme pemilihan dan perlantikan hakim serta mengkaji semula dan mengesyor program pentadbiran keadilan kepada Perdana Menteri. Suruhanjaya juga  berfungsi membuat syor lain berkenaan badan kehakiman bagi membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan. Rang undang-undang SPRM dan SPK merupakan antara janji Perdana Menteri untuk membawa pembaharuan terhadap pentadbiran kerajaan dan meningkatkan integriti badan kehakiman negara serta pencegahan rasuah.

SPRM dan SPK mendapat reaksi yang positif kerana ia dapat membantu menangani gejala rasuah dan juga dapat mengelakkan perlantikan hakim yang tidak berkelayakan. Adalah diharapkan perlaksanaan kedua-dua rang undang-undang ini akan berjalan dengan lancar demi memastikan kedua-dua suruhanjaya ini diyakini oleh rakyat.

Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
Disember 2009