Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Mengenai Portal & PMR

PENGENALAN

Portal Pusat Maklumat Rakyat (Portal PMR) telah diberi wajah baru dan kini dikenali sebagai Portal 1KLIK. Selepas pelancarannya pada 14 November 2008, portal ini terus dimantapkan kandungannya dengan memuatkan pelbagai maklumat berkaitan kenegaraan dan isu-isu semasa selaras dengan objektifnya untuk menjadi Gerbang Maklumat Rakyat dan rujukan di hujung jari berlandaskan slogan “Tepat dan Bermaklumat”.

Portal ini memuatkan pelbagai maklumat yang terdiri daripada Pangkalan Data (bank data mengandungi maklumat daerah dan negeri), Segmen Ingin Tahu, Isu Nasional, Isu Negeri, Maklumat Kenegaraan, Profil Malaysia, Kolumnis, dan sebagainya. Bagi mempelbagaikan saluran dan kaedah penyampaian maklumat, serta mewujudkan komuniti bermaklumat, Blog Rakan 1KLIK diwujudkan. Blog ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan membantu meningkatkan hit pelayar Portal 1KLIK. Kini, hit pelayar portal 1KLIK telah melebihi 10 juta pengunjung dan merupakan antara portal agensi kerajaan yang berjaya mencapai hit pelayar tertinggi sejak pelancarannya.

Portal 1KLIK boleh diakses di alamat http://pmr.penerangan.gov.my. Pengunjung juga boleh melayari portal ini di 139 Pusat Maklumat Rakyat yang terdapat di seluruh negeri.

Apa Itu PMR?

Pusat Maklumat Rakyat (PMR) merupakan hab maklumat yang beroperasi di setiap Pejabat Penerangan Daerah. Ia berperanan sebagai:-

  • 'Focal point’ maklumat kepada masyarakat.
  • Bank data maklumat.
  • Pusat rujukan oleh orang awam, agensi-agensi kerajaan di lain-lain peringkat iaitu tempatan, negeri dan negara.

Latar Belakang Penubuhan PMR

  • Mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan (MPK) Bil. 1/2005 pada 28 Februari 2005 telah memutuskan bahawa Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negara akan memainkan peranan sebagai Pusat Maklumat Rakyat yang akan memberikan maklumat tepat mengenai fungsi jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain kepada rakyat.
  • Sehubungan dengan itu Pegawai Penerangan yang hanya berperanan memberikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan sebelum ini, akan mempunyai tugas tambahan iaitu memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan fungsi / peranan serta perkhidmatan jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain kepada masyarakat.

Objektif Penubuhan PMR


Objektif PMR ditubuhkan adalah untuk:

  • Meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan/ agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat.
  • Meningkatkan penglibatan Jabatan dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tempatan dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan mereka.
  • Menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan.
  • Membantu meningkatkan sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat.
  • Meningkatkan imej PPD yang tradisional kepada lebih berprestij.
Fungsi PMR
  • Mewujud dan membangunkan bank data maklumat berkaitan dengan pelbagai bidang misalnya :
    • Maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, profil daerah dan negeri.
    • Maklumat mengenai Jabatan/ agensi kerajaan tempatan/ negeri/ persekutuan.
    • Maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan oleh jabatan/ agensi kerajaan dan lain-lain lagi.
  • Menyediakan maklumat-maklumat kepada orang ramai melalui perkhidmatan kaunter, online dan sebagainya.
  • Menyediakan pusat rujukan yang memuaskan kepada pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan rujukan secara elektronik dan konvensional kepada pelanggan.
  • Menerima aduan orang ramai dan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan dengan menyediakan maklumat yang tepat dan bermaklumat.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Portal 1KLIK (dulunya dikenali sebagai Portal PMR)
  • Edaran/rujukan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia
  • Bahan-bahan maklumat audio visual (CD)
  • Keratan akhbar
  • Pemudahcara pencarian maklumat
  • Poster (Kabinet, YDP AGong dan lain-lain)

> Model PMR

> Model Operasi PMR

> Senarai Pusat Maklumat Rakyat (sila klik di sini)

> Penjenamaan Portal