Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Masyarakat India di Malaysia



Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Sejarah
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.  Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).


Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[1]


Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu
Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.

 

Bahasa Tamil  Bahasa Melayu
akka  kakak
kadai kedai
kappal kapal
katikam ketika
muthu mutiara
nagaram
 negara
purva purba
suniyam  sunyi
udayam  udaya
vakai bagai
bhumi bumi
Surya Suria













Penghijrahan Tamil
Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.


Pembahagian pekerjaan
Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.

'Pada masa kini,selepas tahun 70an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah sesat di bandar serta tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng ia itu hasil kesan filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar.

Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Akan tetapi, ia didapati tidak mencukupi.


Kelompok etnik yang lain
Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan
orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.
Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.


Taburan geografi
Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.


Slanga yang menghina untuk orang India Malaysia
Pandangan bahawa Keling ialah slanga yang menghina bagi orang India atau Hindu adalah tidak benar. Perkataan keling telah pun digunakan sejak zaman silam.Sejarah Melayu juga mengunakan perkataan keling,tetapi tidak dengan nada menghina.Perkataan ini mungkin akar-umbinya berasal dari perkataan "KALINGA" satu kerajaan india purba yang mendominasi budaya dan ekonomi di Asia tenggara.

Namun begitu rata-rata orang india di Malaysia, dan Singapura kini akan rasa terhina dengan panggilan ini. Baru-baru ini, istilah "Keling" pernah digunakan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mengakibatkan kegemparan di kalangan orang India yang menuduh ahli-ahli parlimen untuk rasisme. Penggunaannya kini tidak digalakkan dan tidak digunakan dalam saluran rasmi, sebagai menghormati perasan kaum India di Malaysia.