Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)



Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)



Suatu Akta yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang- undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.



Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996. Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan masalah sosial. Isu sosial ini boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian.

Dalam akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan jika sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa.

  1. Suami/Isteri.
  2. Bekas suami/isteri.
  3. Anak lelaki atau anak perempuan.
  4. Ibu atau bapa, abang, kakak, adik atau,
  5. Mana-mana saudara lain yang pada pendapat mahkamah adalah seorang anggota keluarga tersebut.




Keganasan rumahtangga ditakrifkan seperti perlakuan mana-mana perbuatan tersebut:

  • Secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan dan kecederaan fizikal.
  • Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal.
  • Memaksa mangsa dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukannya.
  • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
  • Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu.


Pegawai kebajikan masyarakat yang bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa di bawah akta ini perlu menjalankan tugas-tugas seperti berikut :


  1. Membantu mangsa keganasan rumahtangga memfailkan aduan berkenaan dengan keganasan rumahtangga itu.
  2. Mengadakan atau mengaturkan penangkutan bagi mangsa ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat berlindung sekiranya perlu.
  3. Mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yang terdekat bagi rawatan kecederaan sekiranya rawatan itu diperlukan oleh mangsa.
  4. Menjelaskan kepada mangsa hak mendapatkan perlindungan.
  5. Menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya.