Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pembangunan Komuniti

Perkhidmatan Pembangunan Komuniti




Perkhidmatan Perundingan dan Khidmat Masyarakat menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti dan pemulihan dalam komuniti melalui peningkatan penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, para sukarelawan dan komuniti tempatan melalui usaha Jabatan mewujudkan perkongsian bijak ke arah memenuhi agenda sosial negara di mana kebajikan adalah tanggungjawab bersama. Di samping itu, bahagian ini mengendalikan urusan pemberian geran serta mengawal kutipan derma yang dikendalikan oleh NGO Kebajikan.


Objektif





Kanak-Kanak Tidak Terkawal

  1. Mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi komuniti miskin melalui berbagai aktiviti kerja komuniti serta memperluaskan program Pemulihan Dalam Komuniti
  2. Meningkatkan program perkhidmatan dan pembangunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Kebajikan Sukarela) melalui khidmat nasihat dan bantuan kewangan.
  3. Menggerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber pengurusan dan pengeluaran dari sektor korporat untuk keperluan kumpulan sasar.
  4. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam bidang kerja sosial dan khidmat masyarakat ke arah pembangunan kesukarelaan.





Perkhidmatan



1. Pembangunan Komuniti

  • Projek Penyertaan Komuniti
  • Projek diwujudkan pada tahun 1983 untuk memberi tumpuan ke arah mengukuhkan komuniti setempat
  • supaya dapat bergerak dan bertindak secara kolektif. Projek yang dilaksanakan merangkumi aktiviti ekonomi, latihan kemahiran, pendidikan sosial, pendidikan kerohanian dan khidmat masyarakat seperti :
  • Tenunan Songket

1. Kelas Jahitan
2. Kelas Bimbingan
3. Kelas Fardhu Ain
4. Taska
5. Kursus Keusahawanan
6. Kepimpinan

Tujuan


1. Menggalakkan dan menggerakkan penglibatan komuniti sasar dan masyarakat umum dalam pembangunan setempat.



2. Meningkatkan kualiti hidup komuniti sasar melalui penglibatan proaktif dan berkesan dalam aktiviti sosial dan ekonomi yang dikenalpasti.



3. Memaksimakan penggunaan sumber tempatan dalam mewujudkan komuniti sasar yang berdikari.

  • Program Briged Kebajikan Perdana
  • Pemulihan Dalam Komuniti
  • Rumah Kelompok
  • Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris



2. Pembangunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan

  • Khidmat Nasihat
  • Bantuan Kewangan/geran
  • Kutipan Derma
  • Perkongsian Bijak
  • Penglibatan NGO






Penglibatan NGO dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. Jabatan memberi geran tahunan dan sokongan serta khidmat nasihat Jawatankuasa Pentadbir pertubuhan dan ahli melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.



· Rumah Perlindungan Sosial





3. Penggalakan Penyertaan Korporat





Objektif utama adalah untuk mengerakkan penglibatan dan sumbangan berbagai sumber pengurusan dan pengeluaran baik dari segi keperluan kewangan mahupun material, guna tenaga dan kepakaran sektor korporat.



Menerusi kaedah ini ianya dapat merealisasikan konsep Perkongsian Bijak dalam kerja kebajikan dan memanfaatkan kumpulan sasar dengan lebih berkesan.





Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-





1. sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar.



2. perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program.





3. Pembangunan Kesukarealaan

  • Penglibatan Masyarakat (Sukarela)
  • Program & Aktiviti (Perkhidmatan Luar)
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (Briged Kebajikan Perdana)
  • Institusi Kebajikan NGO
  • Latihan




Maklumat lanjut hubungi:

Bahagian Perundingan dan Khidmat Masyarakat

Tkt. 22, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,

Jalan Raja Laut,

50562 Kuala Lumpur.




Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)?

 

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.