Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sumbang Mahram

Kebajikan Sosial Dan Masyarakat




Pengertian Inses/Sumbang Mahram:

Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.



Dari reaksi-reaksi didapati bahawa ramai yang merasakan undang-undang yang sedia ada – penjara minima 6 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan sehingga 24 kali masih belum memadai.

Sementara itu kita masih terbaca kes-kes sumbang mahram yang baru di sana-sini. Ini menunjukkan bahawa undang-undang yang ada masih belum cukup untuk ‘deter’ atau menakutkan orang-orang ini dari melakukan perbuatan tersebut. Mungkin dengan hukuman yang lebih berat, perbuatan ini dapat dicegah. Walau bagaimanapun undang-undang sahaja tidak memadai. Berkaitan dengan masalah sumbang mahram (inses) ini, satu kajian telah dilakukan oleh Dr. Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk “Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia”. Kajian ini menunjukkan bahawa:-

  • Dari tahun 1992 – 1994, didapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses.
  • Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%).
  • Lelaki-lelaki lain yang juga sering menjadi penceroboh ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk.
  • Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa.
  • Kajian ini juga menunjukkan bahawa kes-kes ini melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun. 
  • Dari segi umur pesalah pula, pesalah termuda ialah 18 tahun manakala yang tertua ialah 65 tahun. Majoriti pesalah berada dalam kategori umur 34 hingga 49 tahun dan diiikuti oleh kumpulan umur 50 hingga 65 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada lelaki dewasa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk melakukan inses.
  • Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbuatan ini sering diulangi. Kebanyakkan kes melibatkan ulangan sebanyak 2 – 4 kali. Hakikat bahawa mangsa tinggal serumah dengan penceroboh memudahkan perbuatan ini diulang.
  • Kajian ini juga menunjukkan bahawa inses lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
  • Sehubungan dengan itu kajian ini juga menunjukkan majoriti kes berlaku di kawasan luar bandar. Ini bertentangan dengan pandangan am bahawa kampung dan komuniti tradisional adalah kawasan selamat kerana didiami oleh orang-orang yang konvensional, yang berpegang kuat kepada ajaran agama dan yang dikatakan tidak cenderung ke arah perbuatan jahat.
  • Dari segi etnik, bilangan kes yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu (89%) diikuti dengan India dan Cina. Namun ini tidak semestinya menunjukkan etnik Melayu paling ramai melakukan kesalahan ini kerana ada kemungkinan etnik lain tidak melaporkannya manakala orang Melayu melaporkan kejadian ini kerana sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.
  • Akhir sekali, dalam percubaan pengkaji untuk menjelaskan punca-punca kejadian sumbang mahram ini, beliau telah melihat apakah kecacatan hubungan perkahwinan antara pesalah dan isterinya menyumbang kepada masalah ini seperti yang ditemui di Barat.
  • Namun, penemuan kajian ini bercanggah dengan di Barat dan didapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses.



Faktor-faktor Sumbang Mahram

Tahap iman yang lemah


Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut.

Kegagalan Isteri memenuhi Keperluan Suami


Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Inimendorong suami menggunakan anak untuk tujuan tersebut. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbangmahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum

Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga


Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.


Cadangan Menangani Sumbang Mahram

Pertama, mangsa perlu melaporkan kejadian ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui dan tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana:

  1. diancam oleh penceroboh;
  2. rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan;
  3. mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu. Bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktor-faktor berikut:
  4. kehamilan atau bimbang akan hamil;
  5. mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama;
  6. mereka bimbang perbuatan itu diulang;
  7. perbuatan itu dilihat orang; dan,
  8. mereka ingin melindungi adik perempuan mereka.

Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak dilaporkan serta-merta.

Kedua adalah berkaitan dengan hukuman. Pengkaji telah mengkaji hukuman-hukuman yang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah pada kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman.

  • Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walau bagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat.
  • Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat perlu diberikan.

Ketiga, cadangan beliau yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan sumbang mahram. Antaranya:

  1. Mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita
  2. Buat orang takut mendekatinya dengan peruntukan hukuman yang lebih berat dan kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor;
  3. Menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan diketawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh;
  4. Memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa;
  5. Mewujudkan undang-undang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses telah atau sedang berlaku, wajib melaporkannya, (iv) mewujudkan orang berkesan dalam rumah bagi mengelak kejadian ini, dan;
  6. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini.