Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Program Pertukaran Belia Antarabangsa

Program Pertukaran Belia Antarabangsa adalah antara program yang dianjurkankan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Program ini melibatkan pertukaran belia dari dua buah negara.



Ianya diadakan hasil perjanjian Negara Malaysia dengan Negara lain. Setiap tahun, Malaysia akan menghantar delegasi belia ke luar negara untuk mengikuti program ini dan akan dibalas oleh negara berkenaan dengan menghantar delegasi dari negaranya ke Malaysia.



Objektif utama program pertukaran belia ini dilaksanakan adalah untuk mengenengahkan belia Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan di hidup di perantauan di samping menjadi duta kecil Malaysia yang bertanggungjawab menonjolkan Malaysia dari pelbagai aspek contohnya kebudayaan dan sosial . Program ini juga adalah merupakan titian bagi hubungan dua hala yang diharapkan akan dapat mewujudkan persefahaman dari aspek sosial dan budaya negara-negara yang terlibat. Selain itu ia juga melibatkan pertukaran buah fikiran dan idea, serta saling mempelajari adat resam dan cara kehidupan di negara masing-masing. Melalui kehadiran delegasi belia dari luar negara ke Malaysia juga secara tidak langsung akan dapat membantu mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Program pertukaran belia ini juga adalah merupakan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada golongan belia di atas sumbangan mereka terhadap pembangunan belia di Malaysia. Ini kerana pemilihan dibuat berdasarkan kepada tempoh penglibatan serta sumbangan mereka di dalam pertubuhan/persatuan belia masing-masing.



Setiap tahun, Kementerian akan mengadakan program ini. Antara program pertukaran yang telah berlalu ialah:

  • Pertukaran Belia Malaysia – Thailand
  • Pertukaran Belia Malaysia – Korea
  • Pertukaran Belia Malaysia – Fukuoka
  • Pertukaran Belia Malaysia – Indonesia
  • Kem Belia Malaysia – Singapura




Di masa akan datang, kementerian sedang dalam rangka perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan beberapa buah negara lain bagi meluaskan rancangan pertukaran belia ini contohnya seperti ke Negara Timur Tengah.



Untuk maklumat lanjut, sila berhubung :



Cawangan Pembangunan Sosial

Bahagian Pembangunan Belia

Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Tel : 03-26908419 (Cik Intan Saruza)

@ 03-26908488 (En. Mod Nazri)