Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Etika Menjawab Telefon

florida-call-center hphone01 hphone02

 Telefon Bimbit kini dimiliki hampir semua individu sama ada yang masih belajar, pekerja, tua atau muda tetapi secanggih mana sekalipun telefon, ia tidak bermakna jika individu yang menggunakannya tidak bijak mengendalikan panggilan yang diterima, apatah lagi sehingga menganggu orang lain.

Pastikan Tujuan


Pastikan anda tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang dihubugi. Jika tidak  keberatan, catatkan segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat berkaitan supaya anda tidak perlu membuat panggilan semula untuk bertanyakan pelbagai soalan lagi. Selain itu, anda juga perlu pastikan nombor yanga anda dail itu adalah individu yang perlu anda hubungi.

Memulakan Perbualan


Saat memulakan perbualan, pastikan semua pertanyaan disuarakan dengan berhemah. Sebaik-baiknya mulakan pertanyaan dengan gelaran yang baik seperti encik, puan atau Datuk sekiranya penerima panggilan mempunyai gelaran itu. Pastikan juga, ucapan terima kasih diucapkan pada akhir panggilan supaya anda tidak dipandang sebagai individu yang pentingkan diri sendiri. Cara anda berbual di telefon menandakan keperibadian anda sebenar.

Nada Dering


Kecanggihan zaman teknologi memungkinkan pelbagai nada dering telefon boleh digunakan. Walaupun secanggih mana nada dering yang anda gunakan, ia perlu dimatikan atau ditukarkan kepada mod senyap setiap kali melangkah ke tempat seperti masjid, mesyuarat atau seminar. Tidak salah menghormati orang lain apatah lagi majlis yang anda hadiri. Jangan bimbang dengan panggilan yang tidak berjawab kerana teknologi juga memungkinkan semua panggilan tidak berjawab direkod supaya anda boleh menghubungi semula individu yang membuat panggilan tadi.

Pilih Waktu


Sebelum menghubungi seseorang, anda perlu pastikan sama ada waktu itu sesuai atau tidak. Waktu seperti selepas tengah malam, subuh atau maghrib dianggap antara waktu yang tidak sesuai. Ia adalah masa untuk berehat serta melakukan amal ibadat. Panggilan awal pagi atau lewat malam hanya dibenarkan sekiranya terdapat kecemasan yang perlu disampaikan. Gunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (sms) untuk bertanyakan sesuatu dan anda tidak perlu membuat panggilan.

Hak Peribadi


Ada kalanya teman anda sering meninggalkan telefon bimbit mereka merata-rata. Anda dilarang sama sekali mengusik telefon mereka kerana ia dianggap sebagai harta peribadi. Pasti telefon bimbit berkenaan mengandungi senarai nombor rahsia atau mesej-mesej peribadi yang pasti tidak patut diketahui orang lain. Sekiranya telefon berkenaan milik ahli keluarga berkenaan anda sekalipun, anda perlu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

hphone03 polls_person_20on_20phone_2637_593225_answer_2_xlarge ukrainian_mobile_phone

sumber : harian metro