Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Cara Membayar Saman JPJ

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh di kompaun dan saman yang tidak boleh di kompaun.
  • Saman yang boleh di kompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  • Saman yang tidak boleh dikompaun ialah hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalan notis saman.
DI MANA SAMAN BOLEH DIBAYAR

Saman JPJ boleh dibayar di tempat-tempat berikut:
  • Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ
  • Melalui perkhidmatan e-Services
CARA-CARA PEMBAYARAN SAMAN
  • Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ.
  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.
  • Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
  • Bayaran yang dibuat secara tunai.
  • Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
BAYARAN SAMAN MELALUI PERKHIDMATAN e-SERVICES

Bagi saman yang boleh di kompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 sahaja bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:

RAYUAN MENGURANGKAN KADAR KOMPAUN

Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada Pejabat JPJ yang mengeluarkan saman.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:


  • Surat Rayuan
  • Salinan saman JPJ P22


SYARAT-SYARAT UNTUK MENGEMUKAKAN RAYUAN


  • Sendiri oleh orang yang kena saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ Negeri berkenaan.
  • Rayuan hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh bayaran kompaun.
  • Kompaun hendaklah dibayar selepas kadar kompaun dikurangkan.
  • Pengurangan kadar kompaun hany boleh ditentukan oleh Pengarah sahaja.


PROSEDUR MENUNTUT KENDERAAN YANG DISITA OLEH JPJ

Di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pegawai Pengangkutan Jalan boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identity pemandu kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

PELEPASAN KENDERAAN SITA

Kenderaan yang disita oleh JPJ boleh dituntut/dilepaskan apabila perkara berikut telah diselesaikan:


  • Setelah identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti.
  • Kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan.
  • Saman telah dikeluarkan.
  • Dilepaskan oleh mahkamah.


PELEPASAN KENDERAAN SITA

Kenderaan disita akandilepaskan kepada pihak yang berkenaan seperti di bawah:


  • Pemunya/pemilik berdaftar.
  • Institut Kewangan (jika tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang ditetapkan).
  • Agensi Kerajaan seperti Polis/Kastam.
  • Orang yang diberi kuasa di bawah Pentadbir Pusaka.


Bagi kenderaan syarikat mereka yang layak menuntut kenderaan adalah:


  • Pengarah
  • Pengurus Besar
  • Setiausaha
  • Pegawai yang dilantik/diberi kuasa


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PELEPASAN KENDERAAN

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (di mana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:


  • Kad Pendaftaran Asal
  • LKM dan Insurans yang sah
  • Lesen memandu yang sah dan masih berkuatkuasa
  • Kad Permit Asal (untuk kenderaan perdagangan/sekolah memandu)


PERMOHONAN PENGECUALIAN KHAS PEMASANGAN CERMIN GELAP



Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin-cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

PENGECUALIAN KHAS CERMIN GELAP



Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah Kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

CARA-CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:


  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod perubatan yang terkini.
  • Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan, sertakan dokumen-dokumen sokongan.


KELULUSAN



Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.

TEMPOH



Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

PEMBAHARUAN



Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen berikut:


  • Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod perubatan yang terkini.
  • Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.


PENALTI



Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:

  • Tidak melebihi RM500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama.
  • Tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.