Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

RELA telah ditubuhkan sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan berbentuk sukarela pada 11 Januari 1972 di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Pasukan Kawalan) Perubahan Nama dan Pindaan 1974. Penubuhan RELA adalah untuk memberi kesempatan kepada rakyat jelata yang taat-setia untuk tampil ke hadapan menganggotai sebuah agensi keselamatan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu, memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan Negara. Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara adalah di tangan rakyat Malaysia sendiri dengan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing. Sehingga Disember 2004, jumlah anggota RELA yang aktif dianggarkan seramai 290,000 orang dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 500,000 anggota menjelang tahun 2010.