Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Cara Memohon Kadet ASP & Inspektor

Kadet ASP & Inspektor



Permohonan bagi jawatan Kadet ASP dan Inspektor hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran. Borang hanya dikeluarkan kepada pemohon yang mengemukakan Sijil Kelulusan Asal dan memenuhi syarat kelayakan fizikal yang ditetapkan.



Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

  • Fotostat Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sokongan yang disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar Universiti/Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional.
  • Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
  • Hanya borang permohonan yang lengkap diisi akan dilayan.
  • Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 23cm dan tuliskan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri.
  • Sertakan juga satu sampul surat berukuran 22cm x 11cm bersetem dan beralamat sendiri.
  • No. Rujukan Fail hendaklah dicatat di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.


Konstabel & Konstabel Tambahan

 


Bagi jawatan Konstabel dan Konstabel Tambahan, calon-calon hendaklah hadir di pusat-pusat temuduga terbuka, seperti yang dinyatakan dalam iklan dalam akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini, bersama-sama dokumen-dokumen berikut:-

  • 3 keping gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan dan 2 salinan fotostat
  • Sijil Beranak (asal) dan 1 salinan fotostat
  • Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah (asal) dan lain-lain sijil kemahiran (asal), jika ada, dan 1 salinan fotostat setiap sijil
  • Pemegang Resit Kad Pengenalan (JPN 1/11) mesti dicop dan disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya atau negeri-negeri
  • Surat sokongan Ketua Jabatan. 1salinan fotostat Penyata Perkhidmatan (bagi mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)
  • Baju 'T' dan seluar pendek
  • Alat menulis - Ball point pen
  • Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir keluarga (adik-beradik) yang berumur 18 tahun ke atas
  • 1 salinan fotostat bagi setiap perkara di para 3 - 5