Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Ringkasan Perkhidmatan Askar Laskar (Anggota Biasa) ATM

Tentera Darat Malaysia



Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan askar laskar adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran 12 tahun.
  • Perlanjutan perkhidmatan kepada 15 tahun.
  • Pertugasan semula kepada 21 tahun.


Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus kerjaya, bergantung kepada kekosongan dan disokong oleh pegawai atasan. Askar laskar juga boleh memohon menjadi pegawai bertauliah apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tentera Laut Diraja Malaysia

Adalah lebih baik jika dapat berbual dan berbincang dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan di dalam TLDM. Untuk itu Sel Promosi Kerjaya telah ditubuhkan di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur bagi melayani sebarang pertanyaan atau persoalan yang mungkin menjadi kekusutan mengenai TLDM. Langkah seterusnya yang harus diambil oleh anda adalah menghadiri temuduga pemilihan yang sering diadakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagaimana yang diiklankan di akhbar-akhbar tempatan. Buat masa ini pengambilan dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Di antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk pemilihan adalah:





WARGANEGARA MALAYSIA UMUR CARA PERMOHONAN
Pegawai Kadet
18 – 25 tahun
Permohonan
Pegawai Kadet ATMA 17 – 20 tahun UPU
Pegawai Graduan Tidak melebihi 27 tahun Permohonan
Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas Tidak melebihi 27 tahun Permohonan













Permohonan


Kesihatan

  • Sihat, baik penglihatan dan tidak rabun warna


Tinggi (Minimum)

  • Lelaki -162 sm
  • Wanita -157 sm


Berat (Minimum)

  • Lelaki -50 kg
  • Wanita -45 kg


Ukuran dada (Lelaki sahaja)

  • Biasa -76.2 sm
  • Tarik Nafas -81.2 sm


KELAYAKAN AKADEMIK




Pegawai Kadet

  • Lulus SPM
  • Pangkat 1 atau 2
  • Kepujian B. Melayu, Matematik, Sains Am atau Lulus Fizik atau Kimia dan B. Inggeris.


Pegawai Kadet ATMA

  • Lulus SPM
  • Pangkat 1 atau 2
  • Kepujian B. Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain

Pegawai Graduan


  • Cawangan Pelaut – Lulus sebarang Ijazah/Diploma – keutamaan bidang Sains.
  • Cawangan Bekalan & Urusetia – Lulus sebarang Ijazah/Diploma dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Undang-undang, Pengurusan, Perniagaan, Statistik, Sains Sosial dan Sains Komputer yang diiktiraf oleh JPA.
  • Mendapat kepujian di dalam mata pelajaran B. Melayu, B. Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.


Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas

  • Memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan yang diiktiraf oleh JPA.
  • Kepujian dalam B. Melayu, B. Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.


Tentera Udara Diraja Malaysia



Perkhidmatan



Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan sambung 3 tahun. Boleh memohon menjadi pegawai tetap selepas 5 tahun perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pegawai Kadet - Ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda TUDM.

Pegawai Kadet ATMA - Akan ditauliahkan dalam pangkat Kapten TUDM.

Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda.

Kenaikan Pangkat


Setelah hadir kursus-kursus tertentu, disokong, lulus peperiksaan naik pangkat dan ada kekosongan.

Pegawai Tauliah Tetap


Perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen.


Senarai Tugas


Bagi perancangan kerjaya, pegawai-pegawai dijuruskan kepada salah satu senarai tugas berikut:

  1. Senarai Tugas Am
  2. Senarai Tugas Ikhtisas
  3. Senarai Tugas Khas

Permohonan



Syarat-syarat Kelayakan:-

  • Warganegara Malaysia
  • Pegawai Kadet KTU -Tidak melebihi 22 tahun
  • Pegawai Kadet ATMA -17½ ke 20 tahun
  • Pegawai Graduan -Tidak melebihi 27 tahun
  • Pegawai Tugas Ikhtisas -Tidak melebihi 30 tahun
  • Kesihatan dan fizikal
  • Mempunyai pengelihatan yang baik dan tidak kabur warna

Tinggi Berat badan
BMI Ukuran dada
(untuk lelaki sahaja)
Lelaki -1.57m
Wanita -1.47m
Lelaki -47.5kg
Wanita -40.5kg
19 hingga 27 Biasa -76.2 (30")
Tarik nafas -81.28 (32"

Kelayakan Akedemi



Pegawai Kadet KTU

  • Lulus SPM/SPMV sekurang-kurangnya mendapat pangkat 2 dan aggregat tidak melebihi 28 unit.
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia, Metematik dan Rampaian Sains/ Fizik/ Kimia/ Matematik Tambahan.


Pegawai Kadet ATMA

  • Lulus SPM/SPMV sekurang-kurangnya mendapat pangkat 2 dan aggregat tidak melebihi 28 unit.
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia, Matematik, dan 3 matapelajaran lain yang ditetapkan oleh UTM mengikut bidang pengajian.

Pegawai Graduan

  • Mempunyai Diploma atau Ijazah dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh JPA.
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.


Pegawai Tugas Ikhtisas



Memiliki kelulusan berikut:

  • Ijazah Kejuruteraan Kajiterbang
  • Ijazah Kejuruteraan Jentera
  • Ijazah Kejuruteraan Elektronik
  • Ijazah Kejuruteraan Komputer
  • Ijazah Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Kejuruteraan Elektrik Perhubungan
  • Ijazah/Diploma Lanjutan Senibina
  • Ijazah/Diploma Lanjutan Ukur Bahan
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik peringkat SPM.