Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Lesen dan Permit
Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan lesen:
Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.
Pembiayaan dan Geran
Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
Geran dan Insentif
Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Pinjaman
Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Skim Khas Bank Negara
Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.
Khidmat Nasihat dan Perundingan
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Program Latihan dan Pembangunan
Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD:
Peluang Perniagaan
Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka dalam IKS.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Premis perniagaan
Laman ini menyediakan kemudahan kepada para pengusaha IKS yang ingin mencari premis perniagaan, sama ada untuk disewa atau dibeli, secara dalam talian.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
-
Carian premis secara dalam talian